Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black Pantheer: Pengarah Terangkan Bagaimana T’Challa Mendapat Kuasa


Pengarah filem Black Panther, Ryan Coogler menerangkan herba yang berbentuk hati seperti yang ditunjukkan dalam teaser trailer terbaru filem solo Marvel akan datang, Black Panther.

Herba tersebut adalah rahsia kekuatan yang dimiliki oleh T’Challa atau Black Panther sehinggakan dia mampu untuk bertarung dengan Supersoldier, Captain America.

“The Heart-Shaped Herb is how Black Panther achieves his powers. He can fight hand-to-hand with Cap, who’s a supersoldier, so he has super strength and heightened instincts that give him his enhanced abilities.”

Tidak seperti kebanyakkan superhero-superhero Marvel yang lain dimana kebanyakkan karakter akan ditunjukkan bagaimana mereka memiliki abiliti luar biasa seperti Hulk, Iron Man, Captain America dan yang lain-lain apabila mereka membuat penampilan pertama dalam filem, penampilan pertama Black Panther bagaimanapun sedikit berbeza apabila penampilannya dalam filem Civil War telah menunjukkan dia memiliki superpower.

Dalam filem Black Panther nanti anda akan dapat melihat bagaimana dia memiliki abiliti yang melebihi manusia biasa dan apakah yang menyebabkan dia mampu untuk berada dikalangan superhero Bumi.

Ryan Coogler juga mendedahkan herba tersebut hanya tumbuh di negara Wakanda, iaitu negara asal T’Challa. Selain itu juga, Coogler memberitahu Vibranium yang hanya berada di negara tersebut menjadi faktor herba tersebut mampu memberi kuasa luarbiasa kepada sesiapa yang memakannya. Vibranium menyebabkan herba tersebut bermutasi dengan menyerap sumber mineral dari bahan tersebut.


Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh memiliki dan makan herba tersebut. Seperti yang kita tahu, T’Challa adalah ketua atau raja negara tersebut setelah ayahnya dibunuh dalam Civil War, jadi T’Challa adalah individu yang pernah makan herba itu.

Jadi dengan penerangan dari pengarah tersebut, kita dapat mengetahui bagaimana T’Challa mampu menjadi individu yang memiliki kuasa luar biasa dan mampu bertarung dengan superhero lain.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee