Bintang The Walking Dead Mahu Bawa Watak Wolverine

0
236
views

Bintang siri televisyen popular The Walking Dead, Tom Payne dilaporkan berminat untuk bawa watak Wolverine dalam mana-mana filem X-Men akan datang. Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh wartawan TV Guide baru-baru ini.

““Wolverine is actually like 5’1″, or 5’2″ or something. And Hugh, he was brilliant, but he was much, much, much bigger. If they did recast the Wolverine part, I’d be well up for it.”

Jika Fox mahu menghidupkan kembali watak Wolverine dimasa akan datang, Tom Payne perlu bersaing dengan beberapa pelakon lain seperti Tom Hardy dan Scott Eastwood  yang dilaporkan turut berminat untuk membawakan watak superhero popular itu.

Karakter Wolverine telah dipegang oleh Hugh Jackman selama 17 tahun sejak kemunculan pertamanya dalam filem X-Men pada tahun 2000. Bagaimanapun, aktor tersebut mengumumkan persaraannya dari membawakan watak superhero tersebut dan muncul dalam filem terakhir Logan yang ditayangkan pada tahun lepas.

Apa yang menariknya, filem terakhir karakter tersebut benar-benar memberi kesan kepada penonton apabila wataknya dimatikan, simbolik kepada persaraan Hugh Jackman dari membawakan watak superhero itu.

Jadi kepada peminat Wolverine, sesuai atau tidak Tom Payne berlakon menjadi Wolverine? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here