Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Bintang Ola Bola, JC Chee Bawa Watak Kontroversi Dalam Filem Get Hard


JC Chee yang membawakan watak Tauke dalam filem hit tempatan 2016, Ola Bola kembali dalam filem terbaru yang berjudul Get Hard. Untuk filem kali ini, JC Chee dikatakan membawa watak yang cukup sensitif bagi kaum lelaki iaitu watak seorang lelaki yang “mati pucuk”

Menurut JC Chee, dia teruja apabila diberi peluang untuk membintangi filem serta tertarik dengan jalan cerita yang ditampilkan berikutan ia adalah subjek yang cukup sensitif di kalangan golongan lelaki.

“Dalam filem “Get Hard” ini, saya memegang peranan sebagai Tang, seorang lelaki yang berjaya dan cukup cemerlang dalam kerjayanya. Cuma, disebalik kelebihan yang dimiliki itu, Tang sebenarnya seorang sangat kurang keyakinan diri kerana berhadapan dengan masalah mati pucuk,” ujarnya. 

Menurut pelakon itu lagi, watak tersebut cukup sukar untuk dibawa olehnya kerana beliau sendiri tidak berdepan dengan masalah mati pucuk.

Selain itu, cabaran lain yang terpaksa dihadapinya dalam filem ini adalah ia bergenre komedi, sedangkan dia belum pernah terlibat dalam filem bergenre komedi sebelum ini.


Get Hard berkisarkan tentang seorang lelaki Tang yang merupakan seorang yang berjaya dalam kerjaya dan menjadi popular di kalangan wanita. Dia mempunyai teman wanita KeLi selama lima tahun dan sepanjang perhubungan, mereka belum pernah berasmara.

Namun semuanya menjadi huru-hara apabila ibu Tang jatuh sakit dan memaksanya untuk berkahwin dalam tempoh 30 hari. Dia yang cemas meminta bantuan rakan-rakannya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Filem arahan Chan Wai Cheong dan dibintangi oleh JC Chee, Sarah Lian & lain-lain bakal menemui penonton di seluruh negara bulan Mac depan.


Related posts

Dr Soo Wincci Cuba Tembusi Hollywood

Kakimuvee

Apa Kata Selebriti Selepas PRU 14 Semalam

Is Mohd

MBO Bakal Dibuka di Kempas, Johor & Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya

Is Mohd

Penggambaran Filem Abang Long Fadil 3 Akan Bermula Selepas Raya

Is Mohd

Que Haidar Masih Aktif Berlakon Tetapi Selektif

Is Mohd

Mawi Kini Bergelar Pengarah, Bakal Muncul Dengan Filem Sulungnya

Is Mohd