Bintang Kelahiran Mesir, Omar Sharif Meninggal Dunia

0
240
views

omarsharif (1)

OMAR Sharif, bintang kelahiran Mesir yang popular kerana wataknya dalam filem Lawrence of Arabia dan Doctor Zhivago, meninggal dunia kerana serangan jantung pada usia 83 tahun.

Pelakon yang dilahirkan sebagai Michel Shalhoub di Iskandariah dekat ibu kota Kaherah pada April 1932 itu disahkan menghidap penyakit Alzheimer awal tahun ini.

Aktor veteran ini pernah memenangi anugerah berprestij Golden Globe dan suatu ketika dulu turut dicalonkan untuk Oscar kerana wataknya sebagai Sheriff Ali.

Kata ejennya, Steve Kenis, aktor yang juga penuntut Akademi Seni Drama Diraja di London itu mengalami serangan jantung di sebuah hospital di Kaherah, Jumaat.

Aktor Sepanyol, Antonio Banderas yang berlakon bersamanya dalam filem The 13th Warriorpada 1999 menganggap beliau sebagai ‘seorang pelakon hebat’.

Filem pertama dibintanginya pada 1954 yang diterbitkan di Mesir, Siraa Fil-Wadi yang sekali gus menaikkan namanya kerana lakonan yang berkesan dan mendapat pujian ramai.

Kemuncak kerjayanya apabila berlakon filem Lawrence of Arabia. – mStar

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here