Beto Masih Laku Walaupun Jarang Muncul Di Layar Perak & Televisyen

0
63
views

Biarpun jarang muncul di layar perak mahupun televisyen, aktor Beto Kusyairy sebenarnya masih diburu penerbit dan pengarah yang mahu menggunakan khidmatnya sebagai pelakon naskah mereka.

Pekara tersebut didedahkan sendiri Beto semasa beliau ditemubual oleh wartawan Utusan Online. Menurut Beto, beliau banyak menerima tawaran berlakon, tetapi terpaksa menolaknya dengan baik kerana skrip yang lemah selain jalan cerita yang klise.

“Saya menghormati pihak yang memberikan tawaran, tetapi ada kalanya saya menerima skrip yang hampir sama jalan cerita. Yang berbeza mungkin watak lelaki dan perempuan sahaja. Kalau kandungan beberapa naskhah sudah sama, untuk apa saya menerima? 

“Sebab itu saya selalu menggunakan media sosial terutamanya Twitter untuk bertanya adakah benar kisah sebegini yang penonton mahukan?,” – Beto 

Beto turut mendedahkan Antara naskhah klise yang sering diterima olehnya adalah seperti kisah cinta tidak direstui keluarga, antara dua darjat, atau pun kisah perkahwinan untuk menyelamatkan empayar perniagaan keluarga.

Dalam pada itu, Beto yang ditanya mengenai naskhah yang benar-benar memberinya kepuasan dalam lakonan sepanjang tempoh setahun berkata hanya 25 peratus naskah yang dilakonkannya membuatkan dia benar-benar puas hati.

Kepuasan yang dimaksudkannya adalah dari segi gandingan pelakon, skrip, pengarahan dan hala tuju sesebuah naskhah itu.

Sementara itu, dalam perkembangan terbarunya Beto baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul “Esok Untuk Kita” arahan Azma Yusoof, yang mana dalam naskhah itu dia bergandingan dengan Uqasha Senrose, Sara Ali, Sharul Kamal, Raja Azmi, Zaibo dan ramai lagi.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here