Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Berita-Berita Terbaru Mengenai Filem The Batman


Filem The Batman adalah filem yang paling banyak di”bual”kan dilaman internet. Bermula dari hari pertama pengumuman filem berkenaan sehinggalah berita peletakkan jawatan Ben Affleck sebagai pengarah filem The Batman dan pemilihan pengarah Matt Reeves bagi menggantikan tempatnya.

Berita terbaru yang kami baca mengenai filem berkenaan, pengarah Matt Reeves dikatakan masih belum memulakan apa-apa produksi mengenai filem berkenaan kerana dia mahu menumpukan perhatiannya terhadap filem arahanya yang akan ditayangkan tidak lama lagi, iaitu War for the Planet of the Apes. 

Well, filem The Batman dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2019, Matt Reeves masih banyak masa lagi untuk membikin filem terbarunya nanti. Tetapi, terdapat khabar angin yang agak menarik mengenai filem superhero DC ini. Dikatakan, Matt Reeves akan menghasilkan skrip terbaru dan skrip yang ditulis oleh Ben Affleck telah ditolak oleh pengarah berkenaan.

Malah bukan itu sahaja, jika berita sebelum ini mengatakan Deathstroke bakal diketepikan, berita kali ini agak “promosing”, Matt Reeves bukan sahaja mengekalkan Deathstroke sebagai villain dalam filem The Batman, dia menambah lagi dua watak villain untuk filem berkenaan dan villain yang dimaksudkan adalah Joker dan Scarecrow.

Scarecrow pernah muncul dalam filem Batman Begins arahan Christopher Nolan

Jika apa yang di”rumour”kan itu benar, pasti filem The Batman kali ini antara yang menarik dan penuh aksi, kerana Batman bukan berhadapan dengan satu villain, tetapi sebaliknya tiga villain.


So, kepada peminat The Batman, jika tiga villain ini disahkan akan muncul dalam filem Batman, adakah anda akan rasa teruja?


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee