Iklan Pelakon Tambahan Untuk Babak Pengebumian Memberi Hint Terdapat Superhero Yang Akan Mati Dalam Avengers 4

Marvel telah mengeluarkan iklan yang mencari pelakon-pelakon tambahan untuk salah satu babak dalam filem Avengers 4 akan datang. Menurut laporan CBR.Com & Screenrant, Marvel memerlukan pelakon tambahan untuk babak di mana mereka dijadikan sebagai tetamu di majlis pengebumian. Adakah iklan mencari pelakon untuk babak tersebut menandakan akan terdapat kematian dikalangan superhero-superhero Marvel? Mourners: Looking for men and […]

Digam Stesen TV, Syazwan Zulkifly Kecewa Tidak Dibantu SENIMAN

Gara-gara berbalah dengan seorang artis Singapura, pelakon Syazwan Zukifly dilaporkan telah digam oleh sebuah stesen TV dari terlibat dengan aktiviti bersama stesen TV tersebut. Namun kekecewaannya semakin bertambah apabila Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) tidak membantunya dan mempersoalkan fungsi persatuan yang diterajui oleh Zed Zaidi di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini. Menerusi laman Instagram beliau, Syazwan menyatakan bahawa […]

Kluang Man Zero: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini.

Seperti yang kita tahu, sebuah produksi Chameleon Film sedang menghasilkan filem KluangMan Zero dan akan diarahkan oleh pengarah filem Rizal Halim serta diterbitkan oleh saudara Aziz M. Osman. Rizal Halim yang juga pemilik Chameleon Film pernah mengarahkan sebuah filem suspend thriller Australia berjudul Lurking Woods dan pernah ditayangkan di Malaysia awal tahun ini. Kluang Man merupakan […]

Candra Akan Menjadi Villain Dalam Filem Gambit?

Filem spin off X-Men, Gambit yang telah lama tertangguh akhirnya telah mendapat tarikh rasmi tayangan iaitu pada 14 Februari 2019. Walaupun sebelum perancangan filem tersebut dilihat seperti tergantung dan berhadapan dengan pelbagai masalah, aktornya Channing Tatum kerap meyakinkan peminat bahawa perancangan filem superhero lakonan beliau masih berjalan dan akan difilemkan. Dalam perkembangan terbaru, terdapat laporan mengatakan watak Candra […]

Wonder Woman 2 Akan Memulakan Pengambaran Jun 2018, Chris Pine Dijangka Akan Kembali

Filem kedua Wonder Women dilapokan akan memulakan pengambarannya mereka pada Jun 2018 akan datang. Patty Jenkins yang baru sahaja menandatangi kontrak untuk pembikinan filem sekuel buat masa ini belum mempunyai calon-calon sesuai untuk filem barunya kecuali Gal Gadot yang sememangnya watak utama dan penting dalam filem Wonder Woman. Bagaimanapun terdapat ura-ura yang mengatakan Chris Pine akan kembali […]

Kutipan Terkini Filem-Filem Tempatan (Sehingga 16 Oktober 2017)

Sehingga 16 Oktober 2017, sebanyak 42 buah filem tempatan telah dimainkan di pawagam-pawagam tanah air. Dari 42 filem berkenaan, empat filem telah berjaya mengutip kutipan tiket yang memberangsangkan. Kedudukan pendahulu carta filem tempatan J Revolusi telah dipintas oleh filem Abang Long Fadil 2 yang berjaya mengutip RM18.12 juta (sehingga artikel ini ditulis) dan telah berjaya memecah […]

Deadpool 2 dan X-Men Dark Phoenix Telah Selesai Penggambaran

Dua filem superhero Marvel keluaran FOX Studio telah pun selesai pengambaran mereka semalam. Filem yang dimaksudkan adalah Deadpool 2 dan juga filem X-Men yang berjudul Dark Phoenix. Kedua-dua filem ini bakal ditayangkan pada tahun 2018 dan kini dalam proses post-processing sebelum ia siap sepenuhnya. Deadpool 2 yang ditulis diarahkan oleh David Leitch dan ditulis oleh Rhett Reese serta dibintangi oleh […]

IT Potong Babak Yang Cukup Ngeri Untuk Ditunjukkan Kepada Penonton?

It filem seram yang diadaptasikan dari novel Stephen King telah menjadi filem seram sukses yang pernah ditayangkan setakat ini. Di klasifikasikan sebagai “Restricted” atau R-Rated, It bukan sahaja menampilkan ke’seram’an dalam filemnya tetapi menunjukkan babak-babak yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum. Baru-baru ini, aktor yang membawakan watak Pennywise, Bill Skarsgård mendedahkan bahawa filem It sebenarnya mempunyai satu babak yang […]

Pengarah Thor: Ragnarok, Taika Waititi Bakal Arahkan Filem Live Action Akira?

Perancangan pembikinan filem ‘live-action’ Akira kini sudah memasuki tahun kelapan, dan difahamkan pihak studio Warner Bros. masih belum memilih siapakah pengarah yang akan mengarahkan filem yang diadaptasikan dari Manga Jepun yang berjudul Akira.  Warner Bros. yang telah mendapatkan hak untuk menghasilkan filem live-action berkenaan pada tahun 2002 dilaporkan sudah memulakan perancangan untuk menghasilkan filem tersebut sejak […]

Filem The New Mutant Akan Berkait Dengan Filem-Filem X-Men

Selepas trailer pertama The New Mutant dilancarkan semalam, peminat tertanya-tanya adakalah filem superhero horror ini akan mempunyai kaitannya dengan filem-filem utama X-Men. Ini berdasarkan karakter mutant dalam filem berkenaan merupakan karakter baru. Menurut pengarahnya, Josh Boone, beliau mengesahkan filem arahannya itu akan mempunyai kaitan ‘connection’ atau kaitan dengan X-Men Universe. Cuma beliau tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana dan apa yang membuatkan kedua-dua […]

Pengarah Pacific Rim Bayangkan Filem Berkenaan Akan Mendapat ‘Universe’ Mereka Sendiri

Dengan Warner Bros. memiliki DC Extended Universe, manakala Universal mempunyai Dark Universe, Pacific Rim juga dikatakan bakal mempunyai “universe” mereka sendiri tidak lama lagi. Pengarah filem robot itu, S DeKnight membayangkan filem arahannya itu juga bakal mempunyai ‘universe’ nya sendiri. Beliau memberitahu pekara tersebut semasa membentangkan bahan-bahan mengenai filem Pacific Rim di konvensyen Comic Con yang berlangsung di […]

Martin Scorsese Juga Benci Pada Rotten Tomatoes

Rottentomatoes merupakan sebuah laman web yang memberi rating kepada sesebuah filem yang baru ditayangkan. Tidak seperti IMDb yang mana rating sesebuah filem diambil kira melalui jumlah undi pengguna yang telah menonton filem tersebut, Rottentomatoes sebaliknya lebih cenderung memilih rating daripada pengkritik-pengkritik filem profesional untuk menilai sesebuah filem itu. Jika dilihat dari segi kredibiliti rating, Rottentomatoes […]

Kaitannya Dengan DBI, Zamarul Hisham Berharap Filem Blok 404 Tidak Diboikot

Salah seorang pelakon filem Blok 404, Zamarul Hisham berharap filem seram terbaru lakonannya itu tidak menjadi isu seperti pementasan teater “Kontena 404” selepas penerbitnya yang juga Pengarah Urusan DBI Properties, Dato’ Nuruliman A Rahman atau Boy Iman ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah. Zamarul berkata demikian selepas pementasan teater “Kontena 404” di Istana Budaya yang […]

Thor: Ragnarok Mendapat Respon Positif Dari Pengkritik Filem

Walaupun review filem Thor: Ragnarok belum lagi dikeluarkan dari pengkritik-pengkritik filem, tetapi reaksi yang diterima filem berkenaan dari pemilik-pemilik laman sosial Twitter pengkritik filem cukup memberangsangkan. Rata-ratanya mereka memuji filem terbaru Marvel & Disney yang diarahkan oleh Taika Waititi. Dengan perubahan drastik yang dilakukan oleh pengarah berkenaan dengan menerapkan elemen-elemen humor, visual yang penuh warna warni serta mengenalkan […]

Siri The Walking Dead Bakal Di “Crossover” kan

Dua siri TV popular yang diadaptasikan dari komik karya Robert Kirkman terbitan Image Comics, The Walking Dead dan Fear The Walking Dead bakal digabungkan tidak lama lagi. Pekara tersebut disahkan sendiri oleh pencipta siri komik berkenaan semasa di konvensyen Comic Con yang berlangsung di New York pada 7 Oktober yang lalu. Bagaimanapun, maklumat lanjut tentang perkara itu tidak didedahkan kepada […]

Penampilan Terbaru “Hawkeye” Dalam Avengers 4 Menandakan Dia Bakal Membawa Mantel Ronin?

Hawkeye dalam filem-filem Avengers digambarkan sebagai seorang assassin yang cukup berkaliber dan mahir dengan senjata anak panahnya. Namun selepas memihak kepada Captain America dalam Civil War, Hawkeye kini tidak lagi bekerja dengan mana-mana agensi S.H.E.I.L.D dan telah menjadi pelarian selepas Captain America membebaskan kesemua superhero yang menyokongnya. Dalam perkembangan terbaru filem Avengers 4, Hawkeye atau Clint Burton […]