Benicio Del Toro Kongsikan Perwatakan DJ Dalam Filem Star Wars: The Last Jedi

0
521
views
DJ Benicio Del Toro Star Wars The Last Jedi
Sumber Gambar: Empire

Selain Supreme Leader Snoke, salah satu watak misteri dalam filem Star Wars: The Last Jedi akan datang adalah watak Dj, lakonan aktor Benicio Del Toro. Watak Dj adalah watak baru dalam filem kelapan Star Wars itu dan ramai peminat tertanya-tanya apakah peranan yang bakal dibawa oleh watak lakonan Del Toro itu serta bagaimana pula perwatakannya nanti dalam filem tersebut kerana begitu sikit maklumat mengenai watak Dj.

Semasa sesi fotografi bersama-sama majalah/laman web Empire baru-baru ini, Del Toro sempat meluangkan masa memberi gambaran mengenai karakteristik watak DJ lakonan beliau dalam filem Star Wars akan datang.

This character could come straight out of a Bob Dylan or Tom Waites song, or even a Dostoyevsky novel. He’s like something out of Dickens; there have been characters like him in all kinds of literature.” “He’s like a knife: if you grab him by the blade, he’ll cut you. If you grab him by the handle, he can be very, very useful.”

Menurut beberapa laman web hiburan, watak di Dj dianggap seperti ‘underworld slicer’. Slicer menurut Canon Star Wars dan Legends Star Wars adalah seorang pengodam yang begitu pakar dalam menceroboh sistem komputer, mencuri maklumat dari sistem komputer yang kompleks serta memecahkan kod.

Kepada peminat-peminat Star Wars, apa pendapat anda mengenai watak baru lakonan Benicio Del Toro dalam Star Wars saga? adakah dia pengganti watak paling ‘cool’ dalam Star Wars, iaitu Han Solo? nantikan filem ini yang bakal ditayangkan pada 14 Disember 2017

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here