Ben Affleck Undur Diri, The Batman Dapat Tarikh Tayangan

0
10
views

Selepas 2 tahun berspekulasi tentang masa depan Ben Affleck sebagai Batman, akhirnya terlerai sudah persoalan apabila pelakon tersebut tidak lagi akan meneruskan wataknya dalam filem solo akan datang.

Tempat pelakon tersebut kini kosong dan pengarah filem The Batman, Matt Reeves dilaporkan akan mencari pengganti Ben Affleck yang lebih muda.

Ben Affleck sebelum ini tertekan dengan kritikan peminat terhadap lakonannya sebagai Batman. Khabar angin mengenai pengunduran pelakon tersebut bermula sebelum filem Justice League lagi. Malah beliau juga bermasalah ketika diangkat menjadi pengarah filem The Batman sehinggakan terpaksa mengundur diri dan memberi kerusi pengarah kepada Matt Reeves.

Sementara itu, dalam perkembangan filem The Batman, studio Warner Bros. telah menetapkan tarikh tayangan filem solo berkenaan iaitu pada 25 Jun 2021. Buat masa ini peminat tidak dapat gambaran tentang filem berkenaan sehinggalah proses penggambaran bermula.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here