Ben Affleck & Jennifer Garner Masih Pakai Cincin Kahwin

0
220
views

ben

PASANGAN pelakon Ben Affleck dan Jennifer Garner yang mengumumkan perpisahan selepas 10 tahun sebagai suami-isteri baru-baru ini dilihat masih memakai cincin perkahwinan mereka.

 E Online melaporkan Jennifer, 43, yang berada di Atlanta, Georgia untuk rakaman filem terbaharunya, Miracles From Heaven masih memakai cincin ketika membeli kopi di sebuah kafe.

Manakala Ben yang pada awalnya tidak lagi memakai cincin ketika membuat pengumuman perceraian mereka kembali menyarung cincin berkenaan ketika membuat kemunculan pada pesta Comic-Con 2015.

Mempunyai tiga orang anak, pasangan itu bersetuju untuk bercerai dalam satu pengumuman pada 30 Jun lalu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here