Batwomen Diperkenalkan Dalam Trailer Heroes & Villains The CW

0
36
views

Stesen televisyen The CW telah melancarkan trailer Heroes & Villains dari siri televisyen superhero mereka. Dalam trailer tersebut, mereka bukan sahaja menunjukkan setiap karakter adiwira dan penjahat yang muncul dalam rancangan superhero mereka, tetapi turut memperkenal satu lagi karakter adiwira iaitu Batwoman. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Batwoman akan muncul dalam ‘crossover’ rancangan superheo mereka dimana Supergirl, Arrow, The Flash, dan Legends of Tomorrow pergi ke Gotham City. Selain itu juga, The CW turut merancang untuk menghasilkan siri spin-off mengenai karakter tersebut.

Buat masa ini, Caroline Dries sedang merangka skrip untuk pilot episod karakter DC itu. Greg Berlanti yang menerbitkan sebahagian besar siri superhero The CW akan menjadi penerbit untuk siri terbaru ini bersama-sama Sarah Schechter, dan bos DC, Geoff Johns.

Buat masa ini pelakon yang akan mengalas watak Batwoman masih belum diketahui. Siri Crossover CW dijangka akan bersiaran pada Disember tahun ini, manakala siri Batwoman akan bersiaran pada tahun hadapan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here