Batman V Superman Kalahkan The Avengers Dalam Kutipan Minggu Pertama

0
213
views

BVS1.0.0

ULASAN negatif para pengkritik terhadap filem adiwira Batman v Superman (BvS) tidak menghalang para peminat membanjiri pawagam untuk menonton wira Gotham dan pelindung Metropolis bertempur.

Menurut Deadline, filem karya Zack Snyder itu mencatat kutipan $424 juta (RM1.7 billion) di seluruh dunia pada minggu pembukaan.

Angka tersebut meletakkan BvS sebagai filem adiwira paling laris pada minggu pembukaan sekaligus meleburkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh The Avengers yang meraih $392 juta (RM1.6 billion).

Kutipan ini juga dilihat sebagai perkembangan yang melegakan buat penerbit BvS, Warner Bros yang menerima kutipan mengecewakan bagi filem berbajet besar tahun lalu seperti Pan, Jupiter Ascending, In the Heart of the Sea, dan Man From U.N.C.L.E.

Populariti BvS turut menguasai media sosial.

Menurut penganalisis data media sosial berkenaan filem, RelishMix, topik #BatmanvSuperman dibincang lebih 100 ribu kali dalam sehari di Twitter dan Instagram sekaligus mengatasi #Deadpool dan #StarWars.

Hal ini turut dibantu oleh para pelakon utama yang mempromosikan BvS melalui akaun media sosial masing-masing.

https://twitter.com/BenAffleck/status/711443143254810624/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here