Batman v Superman: Dawn of Justice, Reviews

0
541
views
Sumber: moviepilot.com
Sumber: moviepilot.com

Dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice, permusuhan diantara dua superhero iaitu Batman & Superman bermula apabila Bruce Wayne (Ben Affleck) melihat sendiri kematian rakan-rakan dan pekerjanya akibat dari kesan pertarungan Superman (Henry Cavill) dan General Zod. Ditambah pula kerisauan Bruce Wayne yang melihat penduduk bumi terlalu mengagung-agungkan Superman sebagai penyelamat bumi dan bimbang Superman akan memerintah penduduk bumi.

Selain itu, Lex Luthor (Jesse Eisenberg) juga melihat Superman sebagai ancaman kepada penduduk bumi telah mengambil langkah yang lebih extreme iaitu dengan cuba mensabotaj Superman dan juga mencipta makhluk yang mampu menandingi superhero tersebut. Lex Luthor menggunakan mayat General Zod dan darahnya untuk mencipta makhluk yang sangat berkuasa dan sukar dimusnahkan oleh Superman.

Batman-V-Superman-Day-of-the-Dead-Superman

Dalam pada itu, Lex juga mendapati yang Bruce turut berdendam dengan Superman dan mula mengatur rancangan untuk melaga-lagakan kedua superhero tersebut sehingga Batman dan Superman bertarung sesama sendiri di bandar Gotham.

Kemunculan Diana Prince aka Wonder Women (Gal Gadot) lebih kepada usaha beliau untuk mengambil sesuatu daripada Lex Luthor dan secara kebetulan terlibat dalam pertempuran diantara kedua superhero tersebut menentang makhluk ciptaan Lex Luthor.

BVS1.0.0

Filem ini boleh dikatakan perkenalan kepada penubuhan Justice League dimana nanti Superman, Batman, Wonder Women bersama superhero DC yang lain membentuk kumpulan superhero yang digelar Justice League. Ini berdasarkan permintaan Bruce Wayne terhadap Diana Prince yang meminta beliau membantunya mengesan The Flash, Cyborg dan Aquaman dalam membentuk kumpulan superhero tersebut. Jika anda tonton semasa Bruce memeriksa fail rahsia Lex Luthor, anda akan dapat melihat superhero-superhero tersebut yang digelar Meta-Human.

doomsday-large
Doomsday

Filem berdurasi 2jam 30 minit ini sedikit membosankan terutama dipertengahan cerita yang banyak bercakap, flashback dan konflik antara Superman dan Manusia, namun klimaksnya mula terasa semasa Batman dan Superman mula bertarung kemudian kedua superhero tersebut bersama Wonder Women bergabung menentang makhluk ciptaan Lex Luthor.

Suasana sepanjang filem juga kelihatan seperti anda menonton filem Batman, agak dark dan gothic. Efek pertempuran juga memang sangat wow! Dengan letupan dan kemusnahan yang begitu dasyat, jika hendak dibandingkan dengan kemusnahan dalam filem-filem Avengers, filem ini lagi superb!

Batman-V-Superman-Trailer-Wonder-Woman-Trinity

Dalam banyak-banyak pelakon dalam filem ini, kami berminat dengan lakonan Jesse Eisenberg yang berjaya menghidupkan karakter Lex Luthor yang bijak, kejam dan gila. Lakonan Henry Cavill juga tidak mengecewakan cuma keaslian Clark Kent yang terkenal dengan sikap lurus bendul telah hilang. Ben Affleck juga berjaya membawa watak emo Bruce Wayne dengan baik, manakala Gal Gadot yang masih baru membawa karakter heroin agak sedikit kekok dalam membawa karakter Wonder Women. Ya, Gal Gadot mampu membawa watak aksi, tapi watak Gal Gadot kelihatan lebih kepada aksi supermodel berbanding Superheroin.

Lagi satu karakter yang menarik untuk dilihat ialah sidekick Bruce Wayne iaitu Alfred lakonan Jeremy Irons. Alfred dalam filem ini lebih bijak dan bertenaga jika hendak dibandingkan dengan Alfred dalam filem-filem sebelum ini.

how-will-lex-luthor-play-into-batman-vs-superman-dawn-of-justice-520679

Secara keseluruhannya filem ini sangat berbaloi untuk menonton, tidak rugi menunggu filem ini dari mula pembikinan sampai tayangannya. Ini menyebabkan kami tidak sabar untuk menonton filem Justice League akan sedang dalam pembikinan dan akan ditayangkan tak lama lagi.

Oh ya! Macamana Batman hendak berlawan dengan Superman? Bayangkan Iron Man dengan suitnya dan kaya raya menentang Thor yang datang dari Planet lain. Selebihnya anda tengoklah sendiri, takkan kami nak cerita pula, “spoil” lah nanti.

Satu lagi kami hendak ingat, jangan percaya pada penghujung cerita nanti ya. Selamat menonton!

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here