Bagaimana Dua ‘Post Credit’ Black Panther Berhubung Dengan Infinity War

0
552
views

Seperti yang peminat-peminat filem Marvel ketahui, hampir kesemua babak semasa ‘mid credit’ ataupun ‘post credit’ filem-filem Marvel pasti akan berkait dengan filem akan datang. Tidak ketinggalan juga filem terbaru Black Panther.

Tidak menjadi rahsia atau spoiler untuk memberitahu kepada penonton yang masih belum menonton filem Black Panther bahawa filem terbaru Marvel ini mempunyai dua babak mid & post credit. Bagi yang sudah menonton fiilem Black Panther, mungkin anda rasakan dua babak post credit yang ditunjukkan mungkin tidak memberi apa-apa makna besar untuk filem seterusnya iaitu Avengers: Infinity War, tetapi bagi saya, babak tersebut sebenarnya cukup penting untuk mengaitkan filem Black Panther dan Infinity War. Jadi saya disini ingin berkongsi pendapat saya mengenai dua babak post credit Black Panther dan hubungkaitnya dengan peperangan yang bakal berlaku nanti.

*Amaran!! bagi yang belum menonton filem Black Panther, diingatkan artikel ini mengandungi major spoiler filem Black Panther & anda boleh berhenti disini untuk elakkan sebarang spoiler.

1. T’Challa mengumumkan kepada UN kesediaan Wakanda untuk berkongsi segala sumber dan teknologi kepada dunia. (Post Credit 1)

Babak post credit pertama ini menunjukkan, T’Challa selaku raja Wakanda menyatakan kepada dunia bahawa negaranya bersedia untuk berkongsi segala sumber dan ilmu serta teknologi mereka kepada dunia. Disini timbul satu padangan skeptikal terhadap negara Afrika itu yang disangkakan mundur oleh pemimpin negara maju. Ini yang cuba disampaikan oleh Ryan Coogler kepada penonton bahawa pandangan sebelah mata pemimpin negara maju terhadap negara-negara mundur seperti Afrika sedangkan sumbangan dan perkongsian sumber serta ilmu sangat penting tanpa mengira darimana sumber itu datang.

Bagi yang sudah menonton, persoalan yang ditanyakan oleh pemimpin tersebut disambut dengan senyuman sinis T’Challa. Hanya Ejen Everett Ross (Martin Freeman) dari kalangan yang hadir tersenyum melihat kata-kata hina dari pemimpin negara maju itu kerana beliau sendiri sudah melihat teknologi yang ada pada negara Wakanda.

Apa hubungkaitnya dengan Infinity War?

Apabila T’Challa mengumumkan perkongsian sumber dan teknologi, setiap negara seluruh dunia dapat manfaat dari kemajuan teknologi yang ada pada negara Wakanda. Dari sudut sains dan teknologi serta persenjataan, ia akan berkembang lebih pesat dengan bantuan dari Wakanda. Jadi apabila kedatangan Thanos serta tenteranya ke Bumi, kemungkinan besar tentera Bumi akan memiliki persenjataan yang lebih maju dan mampu untuk menentang tentera-tentera Thanos.

Saya juga yakin yang Tony Stark juga mendapat manfaat dari perkongsian teknologi dari negara Wakanda. Jika anda melihat gambar-gambar yang dibocorkan diset penggambaran Infinity War dan Avengers 4, Tony Stark dilihat mengenakan kembali Arc Reactor di dadanya. Saya berpendapat, selain dari reactor tersebut memberi tenaga tambahan kepadanya untuk menentang Thanos, ianya juga menjadi tempat untuk beliau menyimpan sut berteknologi nano sepertimana rantai yang dipakai oleh T’Challa yang mana ia akan berubah menjadi sut Black Panther.

Berdasarkan komik, Bleeding Edge armor tersimpan dalam badan Tony Stark sehinggalah dia mengarahkan secara mental untuk armor tersebut keluar dari celah-celah kulit badannya dan membentuk sut Iron Man. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bagaimana Bleeding Edge armor versi earth-199999 (MCU) akan meliputi badan Tony Stark, adakah sama seperti dalam komik iaitu keluar dari celahan kulit badan Tony Stark ataupun melalui Arc Reactor miliknya, sama seperti rantai T’Challa. Tekaan saya, T’Challa akan berkongsi sut berteknologi nano kepada Tony Stark untuk memudahkan Stark membawa sut Iron Man kemana-mana sahaja.

Apapun, kesediaan Wakanda berkongsi sumber teknologinya (baca Vibranium) sangat tepat, kerana ia mungkin dapat memajukan persenjataan yang dapat digunakan dalam perang Infinity nanti.

2. Bucky Barnes sebagai White Wolf? (Post Credit 2)

Semasa babak menunjukkan 3 kanak-kanak Wakanda sedang memandang seseorang, mereka bertiga menjerit ‘The White Wolf Awake!” dan kemudian mereka berlari sebelum menunjukkan Bucky Barnes dilihat baru bangun dari tidur dan keluar dari pondok.

Bucky Barnes pada waktu ini masih tidak memiliki lengan robotiknya (selepas kehilanganya dalam filem Captain America: Civil War) dan dilihat seperti sedang mempelajari sesuatu dari Shuri, adik kepada T’Challa. Yup, Bucky adalah pesakit kulit putih pertama yang disembuhkan oleh Shuri sebelum adik T’Challa menyembuhkan Ejen Ross yang cedera akibat ditembak.

Apa yang menariknya, kenapa babak post credit menunjukkan tentang Bucky Barnes? dan kenapa kanak-kanak Wakanda mengelarkan Bucky sebagai White Wolf?

Berdasarkan komik, White Wolf atau aliasnya Hunter merupakan anak angkat kepada T’Chaka. T’Chaka menjumpai Hunter ketika dia masih lagi bayi disempadan Wakanda dan membesarkan bayi tersebut sehinggalah dewasa dan mengetuai Hatut Zeraze (polis rahsia Wakanda) yang dikenali sebagai War Dog atau The Dogs of War.

Bagaimanapun versi Earth-199999 ini mengubah tugas War Dog sebagai perisik antarabangsa Wakanda. Manakala tiada satu pun hint mengenai anak angkat T’Chaka ditunjukkan dalam filem Black Panther. 

Sukar sebenarnya untuk menyatakan Bucky akan menjadi White Wolf dalam filem akan datang kerana ‘origin’nya sangat berbeza dari komik. Tetapi saya suka katakan begini, orang-orang Wakanda mungkin mengelarkan Bucky sebagai White Wolf, dan kelebihan Bucky yang dilatih sebagai pembunuh serta pengintip telah memberikan satu tugasan penting kepada Bucky untuk mengetuai salah satu pasukan khas Wakanda semasa perang Infinty akan datang.

Satu lagi, hubungan Shuri dan Bucky dalam babak post credit tersebut mungkin disebabkan Shuri mahu mencipta lengan Bucky yang baru seperti yang kita lihat dalam trailer Avengers: Infinity War

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here