Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Bagaikan Puteri – Sebuah Lagi Karya Ramlee Awang Murshid Akan Ke Layar Perak


Selepas kejayaan filem Tombiruo, sebuah lagi karya Ramlee Awang Murshid akan diangkat ke layar perak. Menurut novelist berkenaan, novel Bagaikan Puteri akan diadaptasikan dalam bentuk filem tidak lama lagi, malah pihaknya juga sudah pun meneliti skrip yang telah dihasilkan yang mana ketika ini sudah memasuki fasa draf yang ketiga.

Menurut laporan Astro Awani, apa yang menjadi cabaran buat pihaknya kini adalah untuk mencari pelakon yang sesuai untuk menggalas watak utama iaitu sebagai Laksamana Sunan.

“Paling memeningkan saya sekarang ialah skrip dan individu yang paling layak untuk membawa watak Laksamana Sunan,” – Ramlee Awang Murshid

Ramlee juga berkata untuk pemilihan watak utama ini dia akan melibatkan beberapa pelakon tempatan dan juga pelakon dari luar negara.

Bagaikan Puteri akan mengisahkan tentang watak Haryani yang berasal dari kurun-21 tercampak ke kurun ke-15 dan bertemu Laksamana Kesultanan Aceh, Saifuddin Jalisa yang juga dikenali sebagai Laksamana Sunan.

Dalam pada itu, dia juga mendedahkan filem kedua dari novelnya ini akan sekali lagi menyaksikan dia berkolaborasi dengan Astro Shaw, Ideate Media dan Grup Buku Karangkraf untuk membawa filem ini ke layar perak.


Ini merupakan kolaborasi kali kedua antara kesemua syarikat itu selepas mereka berkolaborasi dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang ditayangkan pada 12 Oktober yang lalu.

Sementara itu, filem Tombiruo: Penunggu Rimba terus mencatatkan kutipan memberangsangkan apabila berjaya mengaut RM5 Juta sejak ia mula ditayangkan.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee