Badang vs Black Panther: 4 Sebab Kenapa Badang Bakal ‘Flop’

0
290
views

Walaupun terdapat artikel yang mengatakan filem Badang lebih hebat dan mampu tewaskan Black Panther apabila ditayangkan pada 15 Februari ini, saya dan beberapa rakan admin di Kakimuvee tetap berpijak dibumi yang nyata dan tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah atau kata-kata manis berunsur MLM dalam mengatakan filem Badang itu lagi hebat dari Black Panther.

Saya bukanlah tidak menyokong filem tempatan, ‘trust me’, kami di Kakimuvee tetap menyokong kesemua filem tempatan yang dihasilkan. Tetapi kami tidaklah terlampau ‘menyokong’ filem tempatan sampaikan membutakan mata kami menggatakan sesebuah filem tempatan ini hebat dan mampu menewaskan filem besar pada minggu pertama tayangan filem.

Saya yakin, seyakin yakinnya, filem Badang akan mengalami nasib yang sama seperti filem 2 Alam yang dicanang-canangkan akan dapat RM40 juta tetapi flop dengan hanya mengutip RM200 ribu sahaja. Sebabnya? saya akan beri 4 sebab kenapa Badang bakal ‘flop’ dan tewas ditangan Black Panther

1 Tiada promosi meluas oleh pihak penerbit.

Filem Badang kurang lagi sebulan untuk ditayangkan, tetapi tiada promosi yang giat dijalankan oleh pihak penerbit. Promosi adalah kunci utama untuk melariskan jualan filem. Saya lihat, pihak penerbit lebih mengharapkan kuasa viral dari menjalankan promosi di dada akhbar, media sosial dan media masa. Adakah pihak penerbit tidak belajar dari kesilapan filem-filem lain yang ‘flop’ sebab tiada promosi meluas di Media sosial dan media massa?

2. CGI dan trailer tidak menyakinkan.

Saya puji usaha pihak studio dalam menggunakan teknik CGI dalam penghasilkan filem Badang, tetapi CGI yang ditunjukkan dalam trailer Badang begitu tidak menyakinkan dan telah menjadi gelak ketawa netizen di media sosial. Jika trailer sudah menjadi bahan gelak ketawa Netizen, bagaimana hendak menarik penonton ke panggung wayang?

3. Pelakon utama yang … meh!

Ya Datuk Seri Aliff Syukri sememangnya terkenal sebagai usahawan komestik, tetapi beliau bukan seorang pelakon! ramai lagi pelakon berbakat yang mampu menggalas watak superhero. Percaya atau tidak, rata-rata netizen mempersoalkan karakteristik fizikal Datuk Seri Aliff Syukri dalam menggalas watak seorang superhero, yang sepatutnya nampak gagah dan kuat. Pemilihan pelakon utama sudah menjadi sebab awal penonton lebih memilih Black Panther dari menonton Badang.

4. Pertembungan tarikh dengan filem Black Panther.

Pertembungan tarikh tayangan diantara Badang dan Black Panther bukanlah medan untuk melihat superhero mana yang lagi hebat. Dari pengamatan saya selepas menonton trailer filem Bandang, saya akui Badang memiliki kuasa yang lebih hebat dari Black Panther (baca secara sinikal) tapi dari segi keinginan penonton untuk antara dua filem tersebut, saya lihat penonton lebih cenderung memilih Black Panther. Ini kerana filem Superhero Marvel itu sememangnya dinanti-nantikan oleh pengemar filem Marvel tempatan.

Filem paling baru Marvel yang ditayangkan di Malaysia adalah Thor: Ragnarok, dan filem tersebut telah mengutip $7.1 juta dollar untuk tayangan di Malaysia sahaja. Jadi angka itu sahaja sudah cukup untuk pihak panggung menendang filem Badang keluar dari dewan tayangan bagi memberi ruang kepada tayangan filem Black Panther yang lebih mengguntungkan. Banyak filem tempatan gagal bertahan di panggung wayang sebab terpaksa bersaing dengan filem-filem Hollywood. Anda boleh baca artikel saya disini. Jadi nasihat saya, tukarlah tarikh tersebut sebelum Badang dikuburkan oleh Black Panther kerana 15 Febuari dan selepas itu, penonton akan menyerbu masuk dewan tayangan yang menayangkan filem Black Panther berbanding filem Badang.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here