Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Baby Driver Review


Edgar Wright bukanlah calang-calang pengarah dalam dunia perfileman antarabangsa dan juga Hollywood. Ideanya yang begitu kreatif dan gaya pengarahnya yang cukup “stylo” membuatkan filem-filem seperti Shaun of the DeadHot Fuzz, dan The World’s End telah mendapat tempat dihati peminat dan juga pengkritik filem. Mujur disebabkan masalah kreatif diantara Marvel dan pengarah tersebut, kita tidak dapat melihat karya kreatif beliau dalam filem Ant-Man

Tetapi krisis diantara beliau dan Marvel tidak menyentap semangatnya untuk terus karya. Edgar kemudiannya mengumumkan akan mengarahkan filem Baby Driver pada tahun 2014. Baby Driver merupakan filem aksi jenayah dan kejar mengejar yang boleh dikatakan agak funky, style, romantik, thriller, kelakar dan tidak bosan untuk ditonton.

Saya agak suka cara Edgar “synchronize” kan babak-babak dalam filem ini dengan lagu-lagu electro mix, rock, rap dan soul. Ibarat seperti menonton filem muzikal La La Land yang di”blend” dengan deruman enjin dan dentuman senapang. Ditambah pula dengan mood filem ala filem-filem crime thriller era 70-80an, fesyen yang digunapakai oleh karakter dan lakonan aktor yang begitu bersahaja serta humor yang tidak dijangka membuatkan Baby Driver menjadi sebuah filem yang hampir sempurna.

Filem yang mengisahkan Baby (lakonan Ansel Elgort) yang terpaksa menjadi pemandu tetap kepada ketua penjenayah, Doc (lakonan Kevin Spacey) akibat ter”hutang” dengan penjenayah tersebut disebabkan kisah lampaunya yang telah menyebabkan Doc kerugian besar. Baby terpaksa menjadi pemandu untuk setiap aktiviti jenayah yang dirancang oleh Doc sehinggalah hutangnya selesai. Baby sentiasa mendengar lagu-lagu yang terdapat dalam Ipod miliknya untuk menenangkan dirinya serta mengelakkan tinnitus yang sering menganggu pendengarannya sejak dari kecil lagi.

Baby kemudiannya telah menyelesaikan hutang terhadap Doc dan mula untuk meneruskan kehidupan normal dengan kekasih barunya Debora (lakonan Lily James) yang merupakan seorang pelayan restoran. Tetapi segalanya berubah apabila dia terpaksa bekerja semula dengan Doc serta dengan penjenayah lain seperti Buddy (lakonan Jon Hamm), Bats (Lakonan Jamie Foxx) dan Darling (Lakonan Eiza González).


Setiap bahagian dalam filem Baby Driver digarap dengan cukup sempurna dan teratur. Babak romantik diantara Baby dan Deborah yang begitu relaxing, babak aksinya pula begitu thrill dan suspen dan humornya pula datang dalam keadaan tidak dijangka. Malah Edgar juga tidak memerlukan komposer untuk hasilkan soundtrack untuk babak-babak kejar mengejar dan aksi, sekadar menggunakan lagu-lagu rancak yang bersesuaian dan ‘sync’ kan musik-musik tersebut dengan bunyi-bunyi yang terhasil dari senjata api, seretan tayar dan dentuman kereta.

Selain itu juga, aksinya juga real malah lebih realistik dari apa yang ditunjukkan dalam Fast & Furious. Edgar Wright sebelum ini pernah mendedahkan, kebanyakkan aksi dalam filem ini lebih kepada praktikal efek, dan hasilnya harini kita dapat menonton aksi filem yang cukup “pure”.

Kualiti lakonan aktor-aktor dalam filem ini juga begitu baik, Ansel berjaya membawakan watak Baby yang begitu kool, begitu juga Jamie Foxx yang berjaya hidupkan karakter penjenayah yang psikotik serta Kevin Spacey yang membawakan karakter ketua penjenayah Doc yang mana saya lihat gayanya lebih kearah “British”. Cuma sayangnya beberapa pelakon seperti Jon Bernthal tidak digunakan begitu lama.

Secara keseluruhan filem Baby Driver mampu memberikan satu persembahan terbaik kepada penonton. Lagu-lagu rancak, karakter serta aksi mampu membuatkan penonton berpuas hati. Baby Driver, sebuah filem yang cukup Groovy, “better love story than Twilight” dan sangat berbaloi bagi penonton yang mementingkan kualiti dan “freshness” yang terdapat pada filem.

Rating Kakimuvee: 8.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee