Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ayda Jebat Teruja Berlakon Dalam Drama Bukan Adaptasi Novel


Pelakon Ayda Jebat mengakui berasa teruja apabila dia akhirnya bakal membintangi drama terbaru yang bukan diadaptasi dari mana-mana novel yang mana dia akan bergandingan dengan Redza Rosli.

Sebelum ini Ayda sememangnya sinonim dengan drama-drama adaptasi daripada novel seperti “Rindu Awak 200%”, “MAID”, “Suami Sebelah Rumah”, “Isteri Separuh Masa”, “Assalamualaikum Cinta” dan “Awak Sangat Nakal”.

“Saya diberitahu drama ini akan mengisi slot Akasia TV3 menjelang Ramadan depan. Namun judulnya saya tidak pasti. Saya sangat teruja untuk membintangi drama ini.”

“Selepas sering diberi tawaran berlakon drama yang diadaptasi daripada novel, saya lihat ia bagai sudah ‘overrated’. Sampai satu tahap saya fikir nak pilih cerita apa lagi kalau plotnya hampir sama,” katanya kepada BH Online.

Biarpun mengakui peminat lebih gemar menonton drama yang diadaptasi daripada novel, namun pelakon berusia 24 tahun ini merasakan sudah tiba masanya untuk pembikin drama dan filem untuk hasilkan naskhah bukan diangkat daripada novel.


Jelas Ayda lagi, penerbit dan penulis skrip mempunyai kuasa untuk mengembalikan zaman kegemilangan naskhah yang dihasilkan atas ilham sendiri.

Dalam perkembangan lain, Ayda bakal muncul dengan filem terbarunya “Pinjamkan Hatiku” yang bakal ditayangkan pada tahun 2017.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee