Ayat-Ayat Cinta 2 Official Trailer

Penerbit MD Pictures telah mengeluarkan Official Trailer untuk sekuel filem Ayat-Ayat Cinta yang diterbitkan pada tahun 2008. Filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini diarahkan oleh Guntur Soehardjanto serta dibintangi beberapa pelakon terkenal Indonesia. Antara pelakon asal dari filem pertama, Fedi Nuril berserta Tatjana Saphira, Chelsea Islan, Dewi Sandra, Pandji Pragiwaksono dan Arie Untung. Selain itu juga, dua pelakon Malaysia iaitu Bront Palarae dan Fazura turut membintangi filem ini.

Ayat-ayat Cinta 2 ini diadaptasikan dari novel berjudul sama karya Habiburrahman El Shirazy. Ia menceritakan Fahri (lakonan Fedi Nuril) yang mencari isterinya, Aisha yang telah ke Palestine bersama sahabatnya. Setelah berada disana, Fahri telah mengentahui bahawa sahabat isterinya sudah meninggal dunia, dan dia juga tidak dapat mencari isterinya.

Loading...

Semenjak daripada itu, Fahri telah menetap di Edinburg, Scotland dan menjadi pensyarah di universiti Edinburg. Beliau telah menyibukkan dirinya dengan bekerja bagi menghilangkan rasa sedihnya keatas kehilangan isterinya.

Filem bergenre drama ini dijangka akan memulakan tayangan di Indonesia pada 21 Disember 2017 manakala tayangan di Malaysia tidak diketahui buat masa ini.

Trailer

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *