Awie Risau Berlakon Di Golok

0
153
views

Penyanyi dan juga pelakon, Datuk Awie mengakui berdepan dengan risiko tinggi sepanjang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Bila Tuhan Berbisik Cinta di sebuah lokasi yang terletak di Golok, Selatan Thailand baru-baru ini.

Semasa berkata kepada Harian Metro, Awie mendedahkan, telah berlaku kejadian letupan dan mereka terpaksa berhati-hati untuk elakkan dari tidak diingini berlaku.

“Namun seperti yang kita ketahui, daerah (Golok) itu memang sentiasa bergolak hingga membabitkan pengeboman.Untuk itu, kami perlu sentiasa berhati-hati dengan pergerakan agar tidak berlaku kejadian tidak diingini. Apatah lagi beberapa hari sebelum itu pun ada kes letupan bom”

Dalam drama 13 episod yang diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Kamaruddin itu, Awie akan membawakan watak seorang pengetua pondok disamping beberapa palin lain antaranya Hazama.

Malah menurut pelakon tersebut, drama untuk slot Zehra TV3 dan pemilihan pondok tahfiz itu amat bertepatan dengan konsep mahupun jalan cerita.

Selain itu juga, Awie turut memuji drama ini dan memuji drama ini sebagai karya terbaik Raja Mukhriz.

“Apapun saya puji cerita ini sangat bagus dan karya terbaik daripada Raja Mukhriz. Pertama kali bekerja dengannya, saya rasakan dia boleh menjadi seorang pengarah yang hebat suatu masa nanti.

“Bila Tuhan Berbisik Cinta sebuah cerita Islamik dan sentuhannya amat lain. Banyak babak yang sedih dan tangisan keinsafan yang dapat disaksikan apabila disiarkan nanti,” katanya.

Drama Bila Tuhan Berbisik Cinta akan menemui penonton di saluran TV3 tidak lama lagi

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here