Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avengers: Infinity War – 2 Berita Terbaru Minggu Ini


Minggu ini terdapat dua berita terbaru mengenai filem Marvel akan datang iaitu Avengers: Infinity War. Antaranya penglibatan superhero Spider-Man yang telah mengesahkan menyertai Avengers dan Guardians of the Galaxy untuk menentang musuh nombor 1 dan terkuat Marvel iaitu Thanos.

Sebelum ini, masa depan Spider-Man dalam filem Infinity War tampak samar-samar kerana tiada pengumuman rasmi dari aktor Tom Holland mahupun dari studio sendiri. Namun dua hari lepas, aktor tersebut telah memberitahu kepada wartawan majalah Itali, L’Uomo Vogue  bahawa dia akan terlibat secara langsung dalam filem tersebut.

Satu lagi berita mengenai filem Avengers: Infinity War yang sedang berlegar-legar di laman internet ialah mengenai bintang Game of Throne, Peter Dinklage yang dikatakan sedang berunding dengan pihak studio untuk membawa salah satu watak dalam filem tersebut.

Menurut laman web Variety, karakter yang bakal dipegang oleh Peter Dinklage merupakan karakter penting dalam filem Infinity War. Kemungkinan besar, dia akan menyertai supervillain Thanos sebagai pembantu setia karakter jahat itu. Apapun kita tunggu pengumuman rasmi mengenai karakter yang bakal dipegang oleh beliau.

Sehingga kini, filem Infinity War sudah mengumpul hampir 68 karakter Superhero, supervillain dan karakter-karakter pembantu yang lain. Ini menjadikan, Infinity War filem paling ramai karakter-karakter komik Marvel dalam satu filem setakat ini. Menarik bukan?


Avengers: Infinity War akan memulakan pengambaran mereka dalam beberapa bulan akan datang dan akan ditayangkan pada tahun 2018. Kami akan bawakan berita terbaru mengenai filem ini dari masa ke semasa.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee