Avengers: Infinity War Secara Rasminya Meraih $2 Billion Dolar Seluruh Dunia.

0
24
views

Filem terbaru Marvel Studios, Avengers: Infinity War secara rasminya berjaya mengumpul $2 billion dollar seluruh dunia selepas ia ditayangkan selama 48 hari. Filem adiwira ini menyertai 3 filem lain iaitu Avatar, Star Wars: A Force Awakens dan Titanic yang turut mencatatkan kutipan melebihi $2 billion dolar.

Infinity War telah mencatatkan beberapa rekod sejak ia mula ditayangkan 23 April yang lalu antaranya mencatatkan kutipan minggu pembukaan paling tinggi dalam sejarah perfileman US dengan meraih $257.7 juta dan paling tinggi untuk pasaran global dengan kutipan sebanyak $640.5 juta tanpa bantuan dari China. Selain itu juga, filem ini mencatakan rekod kutipan di beberapa negara seperti Malaysia dimana ia menjadi filem paling laris dengan kutipan sebanyak $17 juta dolar, mengatasi rekod yang dipegang Furious 7.

Ahli kumpulan Avengers akan kembali bergabung dalam filem keempat Avengers yang masih belum mempunyai tajuk pada 3 May 2019.

Berikut adalah senarai top 5 filem paling laris seluruh dunia.

1 Avatar – $2.787 billion

2. Titanic – $2.187 billion

3. Star Wars: A Force Awakens – $2.068 billion

4. Avengers: Infinity War – $2.002 billion

5. Jurassic World – $1.67 billion

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here