Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avengers: Infinity War Kutip $200 Juta Di China


Filem terbaru Marvel, Avengers: Infinity War terus menguasai carta box office antarabangsa apabila menambah sejumlah $349 juta pada minggu ketiga tayangan. Dari jumlah tersebut, sebanyak $200 juta datangnya dari negara China apabila filem tersebut mula ditayangkan pada 11 May yang lalu.

Dengan penambahan kutipan tiket pada minggu ketiga tayangan, filem Avengers: Infinity War kini menduduki tangga kelima kutipan paling tinggi sepanjang zaman dengan jumlah sebanyak $1.6 billion. Avengers: Infinity War turut menjadi filem Marvel paling tinggi kutipan tiket, mengatasi rekod yang dipegang oleh filem The Avengers yang mengutip $1.519 juta.

China kini menjadi penyumbang terbesar kutipan tiket filem Avengers: Infinity War untuk pasaran antarabangsa, diikuti dari negara Korea dengan kutipan sebanyak $84.6 juta serta United Kingdom sebanyak $82.1 juta. Indonesia masih menduduki tangga pertama untuk rantau Asia Tenggara dengan kutipan sebanyak $24.4 juta, diikuti Filipina dengan kutipan sebanyak $21.8 juta.

Sementara itu, Avengers: Infinity War kini menjadi filem paling laris di Malaysia dengan kutipan terkini telah mencecah $16.6 juta, mengatasi rekod kutipan filem Furious 7 yang mengutip $15.9 juta.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee