Avengers: Infinity War Cipta Rekod, Catat Kutipan $1 Billion Dalam Tempoh 11 Hari

0
130
views

Avengers: Infinity War terus mencipta rekod apabila berjaya melepasi angka $1 Billion dolar semalam selepas 11 hari ditayangkan dipawagam seluruh dunia. Rekod sebelum ini dipegang oleh filem Star Wars: A Force Awakens yang berjaya mengutip sehingga $1 Billion dalam tempoh 12 hari.

Berdasarkan laporan dari laman web Box Office Mojo, Avengers: Infinity War menambah $69.5 juta seluruh dunia pada 4 Mei yang lalu menjadikan jumlah terkumpul sehingga tarikh tersebut sebanyak $974.5 juta. Dijangka kutipan tiket akan terus bertambah apabila filem ini ditayangkan di China pada 11 Mei ini.

Avengers: Infinity War mengisahkan tentang sekumpulan superhero Marvel yang perlu bersatu menghalang Thanos dari mengumpulkan batu-batu Infiniti dan mengelakkan galaksi musnah disebabkan oleh Thanos. Filem yang paling dinantikan pada tahun ini sedang rancak ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air. Jangan lepaskan peluang menonton dan merasai pengalaman hebat filem ini di panggung wayang

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here