Avengers: Infinity War Catat Rekod Dunia, Kutip $630 Juta Pada Minggu Pertama Tayangan

0
83
views

Filem terbaru Marvel, Avengers: Infinity War mencatat rekod dunia apabila berjaya mencatat kutipan tertinggi minggu pembukaan iaitu sebanyak $630 juta dolar seluruh dunia. Filem ke-19 Marvel Studios itu turut mengatasi rekod tayangan minggu pertama The Fate of the Furious yang mengutip $541.9 juta seluruh dunia. Lebih menarik, Avengers: Infinity War tidak memerlukan bantuan dari negara China untuk mencipta rekod kutipan tertinggi itu berbanding filem The Fate of the Furious. 

Untuk pasaran domestik US, Avengers: Infinity War juga turut mengatasi rekod kutipan minggu pertama filem Star Wars: A Force Awakens (yang mengutip $248 juta) dengan kutipan sebanyak $250 juta. Ini meletakan filem tersebut berada dicarta nombor satu kutipan minggu pertama paling tinggi sepanjang zaman di US.

Bagaimanapun, untuk pasaran antarabangsa, Filem The Fate of the Furious masih mengekalkan rekod kutipan paling tinggi untuk pasaran antarabangsa dengan kutipan sebanyak $443 juta (termasuk kutipan dari negara China sebanyak $185 juta), Avengers: Infinity War berada dikedudukan kedua dengan kutipan sebanyak $380 juta.

Selain mencipta rekod untuk pasaran US, Avengers: Infinity War turut mencatat rekod kutipan tertinggi minggu pertama dibeberapa negara seluruh dunia termasuk Malaysia. Untuk minggu pertama sahaja, kutipan Avengers: Infinity War di Malaysia telah mencecah $8.4 juta, mengatasi kutipan sepanjang tayangan filem Thor: Ragnarok yang mengumpul kutipan sebanyak $8 juta dolar.

Jika prestasi baik filem Avengers: Infinity War berterusan di minggu kedua untuk pasaran Malaysia, dijangka filem berkenaan mampu menewaskan kutipan tertinggi sepanjang tayangan beberapa filem-filem antarabangsa seperti Fast 7 yang mengumpul $16 juta serta Jumanji: Welcome to the Jungle yang mengumpul kutipan sebanyak $14.1 juta, sekaligus menjadikan filem antarabangsa yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia.

Avengers: Infinity War mengisahkan tentang sekumpulan superhero Marvel yang perlu bersatu menghalang Thanos dari mengumpulkan batu-batu Infiniti dan mengelakkan galaksi musnah disebabkan oleh Thanos. Filem yang paling dinantikan pada tahun ini sedang rancak ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air. Jangan lepaskan peluang menonton dan merasai pengalaman hebat filem ini di panggung wayang

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here