Avengers: Infinity War – Asal Usul Planet Vormir Berdasarkan Komik

0
364
views

Salah satu kejutan yang tidak dijangka dalam filem Avengers: Infinity War adalah lokasi sebenar batu infiniti terakhir iaitu Soul Stone. Setelah pelbagai teori yang dikeluarkan peminat tentang lokasi dan siapakah yang memiliki Soul Stone, akhirnya Anthony dan Joe Russo memberikan jawapan yang sangat-sangat tidak disangka dalam filem arahannya itu.

*Amaran! Artikel ini mengandungi major spoiler Avengers: Infinity War, bagi yang belum menonton dan mahu elakkan spoiler, anda boleh berhenti membaca dibaris ini.*

Sebelum ini, peminat menyangkakan Soul Stone berada ditangan Heimdall ataupun di Wakanda, malah tak kurang juga mengatakan batu terakhir tersebut berada kapsul yang didiami oleh Adam Warlock semasa ‘post-credit’ filem Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Namun kejutan berlaku dipertengahan filem Avengers: Infinity War apabila Gamora mendedahkan kepada Thanos bahawa dia mengentahui lokasi sebenar batu tersebut, iaitu di Planet Vormir, sekaligus menyangkal segala teori yang dihasilkan oleh peminat. Demi menyelamatkan adiknya, Nebula yang di tawan dan diancam bunuh oleh Thanos, Gamora tiada pilihan lain dengan membawa Thanos ke Planet Vormir bagi mendapatkan Soul Stone.

Disana Thanos dan Gamora bertemu dengan Red Skull (dari filem Captain America: The First Avenger) yang merupakan penjaga kepada batu tersebut. Red Skull memberitahu kepada Thanos, untuk mendapatkan Soul Stone, dia perlu mengorbankan orang yang tersayang. Maka bermulalah saat paling menyedihkan dalam Avengers: Infinity War apabila Gamora dikorbankan demi mendapatkan Soul Stone.

Mesti ramai tertanya, pernahkah Planet Vormir disebut dalam mana-mana filem Marvel Cinematic Universe? Jawapannya tidak pernah, planet Vormir pertama kali disebut dan ditunjukkan dalam Avengers: Infinity War dan planet tersebut menjadi saksi kepada kisah tragik dalam Marvel Cinematic Universe dan ‘turning point’ kepada kehancuran Avengers serta kemusnahan separuh dari populasi galaksi.

Tidak banyak maklumat Planet Vormir yang dari ‘dikorek’ komik-komik Marvel. Planet Vormir adalah planet keenam dalam sistem Helgentar. Planet tersebut merupakan dibawah pemerintahan Empayar Kree dan didiami oleh makhluk reptilia yang digelar Vorms. Planet tersebut dicipta oleh Steve Englehart dan Bob Brown, ia pertama kali muncul dalam komik Avengers isu #123. Dua karakter dari Planet Vormir pernah ditunjukkan dalam komik Marvel iaitu Varanus dalam komik Avengers #123 hingga Avengers #124 dan Biawak dalam komik Power Pack #56 keluaran tahun 1990. Kedua – dua karakter tersebut membawa alias Star Stalker.

Planet Vormir bukanlah planet yang penting dalam siri komik Marvel lebih-lebih lagi hubungkaitnya dengan Infinity Germ, Avengers ataupun Thanos, penggunaan Planet tersebut dalam Earth-199999 (Marvel Cinematic Universe) mungkin sekadar menjustifikasikan lokasi Soul Stone dalam filem Avengers: Infinity War

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here