Avengers: Endgame Akan Ditayangkan 2 Hari Lebih Awal Di Malaysia

0
2
views

Berita yang mungkin mengembirakan peminat-peminat Marvel di Malaysia. Filem yang paling dinantikan Avengers: Endgame disahkan akan ditayangkan dipawagam tempatan 2 hari lebih awal dari negara Amerika Syarikat.

Avengers: Endgame ditayangkan secara rasmi pada 26 April ini di Amerika Syarikat, tetapi beberapa negara asia dan Eropah termasuk Malaysia akan memulakan tayangan awal iaitu pada 24 April 2019.

Beberapa pawagam tempatan juga telah memaklumkan kepada peminat yang jualan awal tiket akan dibuka tidak lama lagi.

Jadi peminat-peminat Marvel di Malaysia, bersedialah untuk membeli tiket dan menjadi yang terawal menonton filem superhero yang sangat dinantikan tahun ini.

Avengers: Endgame diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, Avengers 4 dibintangi oleh Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Jon Favreau, Brie Larson, Karen Gillan, Gwyneth Paltrow, Evangeline Lilly, Katherine Langford serta Josh Brolin. Ia turut menampilkan Paul Rudd sebagai Ant-Man dan Jeremy Renner sebagai Ronin yang sebelum ini tiada dalam filem Avengers: Infinity War. 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here