Atikah Suhaime Kembali Berlakon Selepas ‘Bersara’ Dari Dunia Lakonan

0
171
views

Pelakon Atikah Suhaime kembali aktif dalam dunia lakonan apabila akan muncul dalam drama terbaru berjudul Musim Salju akan datang. Dalam drama tersebut, beliau akan turut bergandingan dengan Alif Satar dan Siti Nordiana.

Ini merupakan kemunculan pertamanya selepas mengumumkan berundur dari dunia seni setelah tidak mendapat tawaran berlakon untuk sekian lama berikutan kontroversi yang membabitkan dirinya sebelum ini.

Perkara itu didedahkan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Dina.

“Atikah dah tak kerja di Singapura. Dia nak berlakon semula sepenuh masa. Jadi Awi Rafael minta saya untuk bantu uruskan Atikah. Setakat ini, Atikah sudah menerima dua tawaran berlakon di dalam produksi filem Indonesia. Penggambaran akan dijalankan pada hujung April ini dan satu lagi dalam bulan Ogos.

“Drama yang dengan Alif dan Nana ini akan letopkan kembali nama Atikah,” ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Tambah Dina lagi, selain menguruskan kerjaya pelakon kelahiran Singapura itu, dia juga akan bertindak untuk membuat tapisan dahulu terhadap setiap tawaran berlakon yang diterima supaya watak yang perlu dibawakan oleh Atikah tidak terlalu seksi.

Kali terakhir pelakon tersebut muncul sebagai pelakon menerusi filem Pencuri Hari Mr. Cinderella arahan Ahmad Idham pada tahun lepas

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here