Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Astro Perkenal 3 Saluran Baru Mulai 31 Ogos


maxresdefault

STESEN televisyen berbayar Astro akan memperkenalkan tiga saluran baharu mulai 31 Ogos ini bagi memenuhi permintaan 18 juta penonton yang jumlahnya semakin meningkat saban hari.

Tiga saluran tersebut ialah HGTV HD (Saluran 731), Nat Geo People HD (Saluran 725), dan Star Chinese (Saluran 315).

Menurut Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Kandungan Astro, Agnes Rozario, ketika memperkenalkan saluran-saluran baharu tersebut berkata Astro berhasrat untuk terus membawakan kandungan rancangan yang terkini lagi segar.

HGTV HD merupakan saluran yang memberi inspirasi kepada penonton berkenaan reka bentuk serta hiasan rumah.

Nat Geo People pula memaparkan informasi menerusi pengkisahan tempat-tempat menarik dan budaya setempat. Antara program menarik yang bakal trending di saluran ini ialah The Food Files dan George Clarke’s Amazing Spaces.


Manakala Star Chinese Channel merupakan peneraju kandungan bahasa Mandarin di Asia yang menampilkan 31 program drama dan rancangan hiburan hebat. Saluran ini boleh dilanggan secara ala carte pada harga RM5.30 sebulan (termasuk GST).

Untuk maklumat lanjut tentang saluran baharu ini, layari www.astro.com.my.


Related posts

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Nikmati Tayangan Perdana Program Terhebat Korea Di Astro Pada Ogos Ini

Kakimuvee

Calming Signals: Woof & Meow, KPOP Generation Antara Program Korea Terhangat Di Astro Pada Julai Ini

Kakimuvee