Connect with us

Review

Arrival Review

Genre: Drama / Sains Fiksyen
Pengarah: Denis Villeneuve
Penerbit: Shawn Levy, Dan Levine
Penulis Skrip: Eric Heisserer
Pelakon: Amy Adams, Jeremy Renner, Forest Whitaker, Michael Stuhlbarg dan Tzi Ma
Syarikat Produksi: Lava Bear Film, 21 Laps Entertainment, FilmNation Entertainment
Edaran: Paramount Pictures

*Minor Spoiler Warning*

Durasi: 116 minit

Marki Photography

Apabila kita melihat sesebuah filem yang ber’genre’ sains fiksyen, pasti kita akan terbayang perang antara manusia dan makhluk asing, space travel, kapal angkasa dan apa-apa sahaja yang melibatkan angkasa. Tetapi berbeza dengan filem Arrival arahan pengarah Denis Villeneuve (Sicario, Prisoners).

Arrival telah memberi pendekatan yang berbeza kepada peminat-peminat filem bergenre sains fiksyen ini yang selama ini disajikan dengan konflik diantara manusia dan alien seperti Independence Day dan juga term-term astrofizik yang begitu memeningkan seperti dalam filem The Martian dan Interstellar.

Mereka mengenepikan soal sains dan terror, tetapi sebaliknya menggunakan pendekatan emosi, pembelajaran bahasa dan komunikasi sebagai plot penceritaan diantara manusia dan makhluk asing ini. Jalan ceritanya pula sangat mudah, iaitu cuba berhubung dan decode Bahasa yang tidak pernah dipelajari oleh manusia. Tetapi, cara perjalanan filem ini dihasilkan begitu unik dan menarik, ia memerlukan anda untuk berfikir dan meneliti setiap babak sepanjang perjalanan filem. Terlepas satu dua babak pasti akan membuatkan anda tidak dapat memahami sepenuhnya plot filem ini.

Selain itu juga, kualiti lakonan para pelakon terutamannya Amy Adams juga begitu mengagumkan. Beliau begitu mendalami wataknya dalam filem ini sehingga kami begitu terkesan dengan mutu lakonannya dalam filem ini. Hasil gabungan dua element ini iaitu plot filem dan kualiti pelakon utamanya telah menghasilkan satu filem yang begitu sempurna dan kemas.

Filem ini bermula apabila dua belas kapal angkasa telah mendarat di dua belas tempat diseluruh bumi. Dr. Louise Banks (Amy Adams) yang merupakan pakar bahasa di sebuah Universiti telah ditugaskan untuk berkomunikasi dengan makhluk asing untuk mengentahui sebab mengapa kedatangan mereka ke Bumi.

Bersama-sama Dr. Banks adalah seorang saintis yang bernama Ian Donnelly (Jeremy Renner) dan mereka berdua telah bekerjasama untuk berhubung dengan makhluk asing dan cuba mengelakkan malapetaka yang berlaku sekiranya berlaku salah faham diantara manusia dan makhluk asing

Filem Arrival ini mengingatkan kami tentang filem Interstellar yang mana masa dan reality berbeza-beza sering kali bermain diantara babak. Jika anda tidak menghayatinya, pasti anda akan rasa keliru dengan reality-masa, samada ianya masa lampau ataupun masa hadapan. Yes, reality masa dalam filem Interstellar lagi memeningkan tapi Arrival juga tidak jauh bezanya dengan filem tersebut.

Kami juga suka dengan cara mereka menghasilkan filem ini. Slow and steady, dialog yang jelas dan tidak terburu-buru. Malah mereka bijak bermain dengan emosi dalam filem ini terutamanya apabila babak-babak diantara Dr. Banks dan anaknya. Malah konsep visualnya yang begitu dramatic dan jelas membuatkan kami begitu teruja dengan kekemasan filem seperti ini.

Secara kesimpulannya, Arrival telah meletakkan dirinya diantara filem sains fiksyen terbaik buat masa ini dan paling unik sekali jika dibandingkan dengan filem-filem lain. Ditambah pula, performance act yang begitu terbaik dari Amy Adams menambah skor untuk filem sains fiksyen ini.

Rating: 9/10

Continue Reading
Loading...

Malaysia Web Hosting

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Review

To Top
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE