Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Aquaman Review


Dikala filem-filem ‘DC Extended Universe’ mengalami masa-masa suram, James Wan tampil sebagai penyelamat memberikan sinar dan kecerahan dalam dunia filem DC. Siapa sangka, latarbelakangnya yang banyak menghasilkan filem-filem bergenre seram, beliau mampu membikin sebuah filem yang menghiburkan.

Banyak perubahan yang dilakukan oleh James Wan dalam menghasilkan filem adiwira dari Atlantis itu. Jika sebelum ini filem-filem DC bertemakan ‘Dark’, penuh dengan drama dan kurangnya humor, pengarah yang dilahirkan dari Sarawak itu menyuntik beberapa elemen dari filem-filem Marvel bagi ‘menceriakan’ filem Aquaman

Apa yang saya boleh katakan, filem Aquaman tidaklah begitu membosankan. Adegan-adegan aksi, perjalanan cerita, babak-babak humor, serta pengembaran Arthur Curry / Aquaman dan Mera diadun dengan begitu seimbang. Permainan emosinya juga menjadi terutamanya pada babak akhir filem.

Kesan khasnya / CGI juga tidak mengecewakan. Jika sebelum ini Justice League dan Wonder Woman menyajikan kesan khas yang boleh diketawakan, Aquaman memberikan satu kesan khas yang cukup cantik terutamanya ketika babak dikota Atlantis. Malah kesan khas pada babak aksi juga sangat hebat dan mengagumkan.

Saya juga berpuas hati dengan perkembangan karakter-karakternya dalam filem ini terutamanya karakter Aquaman. Walaupun karakter Arthur Curry / Aquaman mula diperkenalkan dalam filem Justice League, James Wan dan barisan penulis skrip berjaya mengembangkan karaker adiwira itu dengan begitu baik sekali. Jadinya fiem ‘origin’ tentang Aquaman boleh dianggap sukses. Cumanya saya agak kurang berkenan dengan dua karakter antagonis, kurang menunjukkan kejahatan dan kekejaman mereka sebagai musuh Aquaman.


Secara keseluruhannya, Aquaman boleh dianggap filem terbaik DC selepas Man of Steel. Jika hendak dibandingkan dengan satu lagi filem hebat DC iaitu Wonder Woman, saya boleh meletakkan Aquaman lagi tinggi darjatnya dari filem itu. Apapun perubahan yang dilakukan oleh James Wan harap dapat diteruskan Studio Warner Bros. dan DC supaya mereka dapat menandingi kehebatan filem-filem adiwira dari Marvel Studios.

Rating Kakimuvee: 8.5/10


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee