Aquaman Catat Rekod DCEU, Raih Lebih $1 Billion Dollar

0
21
views

Filem adiwira arahan James Wan, Aquaman mencatat rekod kutipan tertinggi dalam DC Extended Universe apabila meraih lebih $1 billion dolar. Kutipan tersebut mengatasi rekod yang dipegang filem Batman V. Superman: Dawn of Justice yang mengutip $873 juta dolar pada tahun 2016.

Sepanjang tayangannya pada Disember tahun lepas, Aquaman telah meraih kutipan sebanyak $287 juta untuk pasaran Amerika Syarikat dan $732 juta dolar untuk pasaran antarabangsa yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $1,020 juta.

Kutipan yang dicatatkan Aquaman juga turut menjadikan jumlah kutipan terkumpul filem-filem DCEU sebanyak $4.778 billion.

Aquaman diarahkan oleh James Wan manakala skrip ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick (The Conjuring 2) dan Will Beall. Filem ini dibintangi oleh Jason Momoa, sebagai Arthur Curry/Aquaman, Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison, Dolph Lundgren, serta Nicole Kidman.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here