Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Apakah Yang Menyebabkan Rating Filem Logan Begitu Tinggi?


Hugh Jackman sebagai Logan

Mesti ramai terkejutkan melihat rating filem Logan yang begitu tinggi di laman Rottentomatoes baik dari side profesional review dan audience reception. Apa yang membuatkan filem Logan mendapat rating yang sangat tinggi?

Well, Kami pun sebenarnya tidak tahu apa yang membuatkan rating filem Logan tinggi kerana kami sendiri belum menontonnya lagi. Tapi dari top-top review yang kami baca, kebanyakkan memuji langkah director James Mangold dan Hugh Jackman menghasilkan filem Superhero yang sebenar, full of violance dan action, true comicbook film.

Aksi dan storyline mungkin salah satu sebab kenapa filem ini mendapat penerimaan yang begitu tinggi dari pengkritik filem dan peminat. Sebab lain mungkin disebabkan ini adalah filem terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine selepas 17 membawa watak tersebut dalam franchise filem X-Men.

Seperti Heath Ledger dan Paul Walker, peminat pasti tidak mahu melepaskan peluang menonton Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman buat kali terakhir. Terlalu banyak nostalgia diantara Hugh dan peminat filem X-Men. Beliau satu-satunya aktor X-Men yang paling banyak muncul dalam siri filem X-Men baik sebagai watak utama mahupun sekadar Cameo. Hugh Jackman dan X-Men seperti sudah sebati. Biarpun dengan pengganti (Tom Hardy khabarnya), Hugh Jackman tetap dihati peminat-peminat Logan.

Mungkinkah ending filem Logan mempengaruhi rating filem?

Kami juga berfantasi mengenai babak akhir filem Logan ini dan kami harapkan fantasi kami ini menjadi kenyataan. Kami harapkan FOX menamatkan karakter Wolverine dalam filem Logan sebagai simbolik bersaranya Hugh Jackman sebagai Wolverine.


Logan mengikut jejak Deadpool menghasilkan R-Rated movie

Adakah agak keterlaluan? Bagi kami tidak kerana dalam filem Logan sendiri mengatakan mutant diambang kepupusan, jadi apa gunanya lagi watak Logan perlu diteruskan kerana perjuangan mutant telahpun berakhir dizaman Logan? Kami rasakan James Mangold & Hugh Jackman mungkin menghasilkan ending filem ini dengan begitu dramatik dan sedih kepada penonton. Adakah mati atau tidak mungkin kita kena menunggu sehingga tayangannya nanti, tapi kebiasannya penamat sebegini akan mempengaruhi viewer reception.

Lihat bagaimana James Wan menghasilkan ending Fast & Furious 7 yang begitu menyentuh perasaan sehingga berjaya mempengaruhi rating filem dan menjadikan Fast 7 antara filem paling diterima peminat berbanding filem-filem Fast & Furios yang lain? tak mustahil James Mangold akan menghasilkan penamat yang sama.

Adakah anda menharapkan watak Wolverine ditamatkan dalam filem Logan?

Kami cuba mencari spoiler-spoiler mengenai ending filem Logan di laman-laman web hiburan, tetapi kebanyakan memuji kehebatan hasil kerja terbaru James Mangold ini. Tetapi satu top review ini telah mempengaruhi kami mengenai ending Logan,

Well done, Mr. Jackman, and Godspeed Wolverine. We’re sorry to say goodbye to our bare-knuckled friend – but you’ve both earned the rest.

adakah ia akan berakhir dengan ending yang sedih? Perhaps, Logan mati dipenghujung filem dan Profesor X menggantikan tangan yang memimpin X-23 meneruskan survival mereka? Kita tunggu tayangan Logan pada 2 Mac ini


Related posts

Hugh Jackman Akhirnya Menyarung Sut Ikonik Wolverine Dalam Gambar Pertama Deadpool 3

Kakimuvee

Pengarah ‘Logan’ Berharap Marvel Tidak Membawa Kembali Wolverine Dalam ‘Deadpool 3’

Kakimuvee

DEADPOOL 3: Jambang Hugh Jackman Kembali Lebat Seperti ‘Old Man Logan’ Dalam Gambar Terbaru

Kakimuvee

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee