Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Apa Yang Kita Tahu Selepas Menonton Official Trailer Polis Evo


polisevo-bts-10

Dua hari lepas Astro Shaw melancarkan trailer rasmi filem terbitan Tayangan Unggul, Polis Evo. Filem yang bakal ditayangkan pada 17 September ini. Filem yang dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal tanah air antaranya Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish mengisahkan dua orang anggota polis yang sedang dalam misi memburu pengedar dadah disebuah negeri di Pantai Timur.

Selepas menonton trailer Polis Evo, kami benar-benar teruja untuk menontonnya nanti di pawagam. Bukan sebab pelakonnya sahaja tapi apabila melihat jalan cerita dan aksi yang ditunjukkan dalam trailer itu, Nampak berbeza dari filem aksi melayu yang lain. Sebab apa kami rasakan berbeza? :-

PE1

1. Penampilan Pasukan Khas Polis.

Sepanjang kami menonton filem-filem melayu, rasanya filem Polis Evo adalah filem pertama yang menampilkan pasukan khas polis apabila memburu penjenayah. Ya filem Gerak Khas turut menampilkan pasukan khas polis, tetapi tidak seperti filem ini, Polis Evo bukan sahaja menampilkan pemakaian sebenar pasukan khas polis malah, taktikal dan senjata taktikal polis turut diterapkan sama.

Kita tengok nanti filem ini nanti bagaimana Shaheizy Sam dan Zizan beraksi dengan memakai pakaian dan senjata taktikal polis nanti.

PE2

2. Aksi thriller

Sepanjang kami menonton trailer filem ini, kami dapat rasakan filem ini penuh dengan aksi tembak – menembak, bertempur dan kejar mengejar. Tapi sebenar kami ingin melihat bagaimana nanti anggota polis bertempur dengan penjenyah, terutamanya Shaheizy Sam dan Zizan Razak, diharap aksinya tidak seperti filem Gerak Khas


PE3

3. Penjenayah Paling ‘Badass’ Sekali

Serang polis di hospital, bertempur dengan polis, menculik ahli keluarga polis, bijak memerangkap polis itu yang kami dapat simpulkan dalam trailer filem Polis Evo. Jadi kami dapat rasakan yang villain dalam filem ini sangat ‘badass’ berbanding villain dalam filem tempatan yang lain.

PE4

4. Filem ‘buddy cop’ tempatan

Bila lagi nak tengok filem ala-ala Lethal Weapon, Bad Boys dan Rush Hour versi tempatan. Filem melayu sudah terlampau banyak yang bergenre cinta, gangster dan seram. Walaupun Malaysia ada juga filem ‘buddy cop’  Romeo Kota, tapi Polis Evo dijangka lagi meletup dari filem tersebut.

Ok itu sekadar review apabila menonton trailer. Kalau kita nak tahu filem ini sehebat trailer nya, kita tunggu 17 September nanti. Diharap filem ini mampu memberi impak besar kepada industri filem tempatan.

Tonton Official Trailer Polis Evo


Related posts

Shaheizy Sam Kongsikan Gambar Barisan Pelakon Filem Polis Evo 3

Kakimuvee

Amerul Affendi Ingin Mencuba Bawa Watak Playboy

Is Mohd

5 Filem Paling Popular Di Malaysia Bagi Bulan September

Kakimuvee

Polis Evo

Kakimuvee

Shaheizy Sam Tayang Badan Sasanya Dalam Filem Polis Evo

Kakimuvee