Apa yang kami tahu tentang sekuel ‘Fantastic Beasts’

0
328
views

Fantastic Beasts and Where to Find Them

Sekuel Fantastic Beasts and Where to Find Them memulakan pengambaran minggu ini, jadi butiran baru tentang pelakonnya dan sinopsis rasmi telah didedahkan. Apa yang kami tahu setakat ini?

Siapa yang menulis lakon layar?

J.K. Rowling, sudah tentu. Beliau menulis semua buku Harry Potter dan terlibat dengan adaptasi filem ini. Beliau menulis skrip Fantastic Beasts and Where to Find Them secara langsung untuk layar perak dan merancang untuk melakukannya untuk semua sekuel (ada 5 kesemuanya).

Apakah sinopsis rasmi telah diumumkan?

Selepas berbulan-bulan spekulasi, filem ini akhirnya mempunyai sinopsis rasmi, via laman web Deadline.

“Seperti yang beliau janjikan, Grindelwald telah melarikan diri secara dramatik dan telah mengumpulkan lebih banyak pengikut dengan tujuan – menaik taraf para ahli sihir lebih tinggi dari semua makhluk ‘nonmagik’. Satu-satunya yang mungkin boleh menghentikannya adalah ahli sihir yang pernah beliau panggil sahabat karibnya, Albus Dumbledore, namun Dumbledore memerlukan bantuan dari ahli sihir yang telah menggagalkan Grindelwald sebelumnya, bekas muridnya iaitu Newt Scamander. Pengembaraan itu juga menyatukan kembali Newt dengan Tina (Katherine Waterston), Queenie (Alison Sudol) dan Jacob (Dan Fogler). Mis ini juga akan menguji kesetiaan mereka saat mereka menghadapi bahaya baru dalam dunia sihir yang semakin berbahaya. Filem ini juga nanti akan meceritakan kisah silam di antara Grindelwald dan Albus Dumbledore.”

Siapakah para pelakon?

Johnny Depp (Grindelwald), Jude Law (Albus Dumbledore), Eddie Redmayne (Newt Scamander), Katherine Waterston (Tina), Alison Sudol (Queenie), Dan Fogler (Jacob), Ezra Miller (Credence Barebone) dan Zoe Kravitz (Leta Lestrange).

Siapakah pelakon muka baru yang membintangi filem ini?

Callum Turner sebagai adik Newt, Theseus, seorang wira perang. Claudia Kim menjadi daya penarik di sarkas ajaib, William Nadylam akan membawa watak sebagai seorang ahli sihir, Ingvar Sigurdsson diberi peranan sebagai pemburu, Olafur Darri Olafsson akan menguruskan sarkas, dan Kevin Guthrie akan memimpin Kongres Ajaib A.S.

Siapakah pengarahnya?

David Yates, yang mengarahkan empat sekuel terakhir siri filem Harry Potter, dan juga Fantastic Beasts and Where To Find Them.

Bilakah filem, yang belum diberi tajuk rasmi ini akan ditayangkan?

16 November, 2018.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here