Anzalna Nasir Bakal Berkahwin Pada Tahun Hadapan

0
263
views

anzalna

PELAKON cantik, Anzalna Nasir, 27, akhirnya mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya, awal tahun depan bersama kekasihnya, Hanif Zaki.

Pengumuman itu dibuat secara terbuka ketika dalam program hiburan terbitan Astro, Apa Kata Malaysia kendalian pengacara terkenal, Aznil HJ Nawawi, malam tadi.‎

“…lepas ini saya ingin mengambil masa untuk memanjakan diri sebagai persediaan sebelum mendirikan rumah tangga,” ujar Anzalza.

‎Mengakui memilih Hanif kerana sifat sabar dan kepercayaan yang diberikan, Anzalna mengharapkan impian perkahwinannya itu akan menjadi kenyataan.

“Hanif sangat memahami saya dan sentiasa meletakkan kepercayaan ‎tinggi terhadap saya membuatkan saya berasa selesa.

“Lagipun kami telah berkenaan dan bercinta sebelum saya menjadi artis.

“Alhamdulillah, sepanjang empat tahun bercinta, nak kata bergaduh tu, kurang tiga kali je kot..” selorohnya ketika disoal Aznil sama ada Hanif pernah luah rasa cemburu apabila Anzalna sering digandingkan dengan pelakon lelaki popular yang lain.

Sementara itu, Hanif yang kebetulan menemani Anzalna untuk rakaman program itu turut dijemput Aznil untuk diwawancara.

Ditanya mengenai perancangan perkahwinan kelak, Hanif berkata, semua sudah dalam perbincangan sesama keluarga.

“Insya-ALLAH, majlis tunang dan nikah akan diadakan pada tarikh sama. Bukan tidak mahu buat pada tarikh lain, tetapi jadual Anzalna yang padat. Saya faham…

“Majlis nikah, tunang dan resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Kuala Lumpur kerana kedua2 keluarga kami menetap di sini,” ujarnya.

Tambah Anzalna, peminat dan media yang sudah sedia maklum mengenai hubungan pasangan ini kerana Hanif sentiasa berada disisinya  termasuk ke pelancaran filem, penggambaran drama ataupun ke majlis-majlis hiburan.‎

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here