Antonio Banderas Sertai Sekuel The Hitman’s Bodyguard

0
11
views

Pelakon Antonio Banderas dilaporkan telah menyertai barisan pelakon filem sekuel The Hitman’s Bodyguard. Menurut laporan dari laman Deadline, filem yang berjudul The Hitman’s Wife’s Bodyguard itu juga turut menampilkan Richard E. Grant yang kembali membawakan wataknya dalam filem sebelum ini.

Buat masa ini, watak yang dibawakan oleh Antonio Banderas masih lagi tidak diketahui. Manakala Richard E. Grant akan membawakan watanya iaitu Mr. Seifert, ahli peniagaan yang mendapat perlindungan dari Michael Bryce (Ryan Reynolds) ketika melarikan dari diburu pembunuh upahan.

Sekuel kali ini menyaksikan Michael Bryce menyertai misi di Teluk Amalfi, Itali bersama-sama Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) dan Sonia Kincaid (Salma Hayek).

Patrick Hughes kembali sebagai pengarah untuk sekuel kali ini bersama-sama penulis skrip Tom O’Connor.

The Hitman’s Wife’s Bodyguard masih belum mempunyai tarikh tayangan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here