Antara Hugh Jackman Damian Lewis, Siapakah Yang Layak Menjadi James Bond?

0
164
views

damian-lewis-hugh-jackman

Setelah Daniel Craig mengumumkan tidak lagi membawa watak James Bond, ramai peminat filem siri pengintipan itu tertanya-tanya siapakah aktor yang layak untuk membawa karakter paling ikonik dalam dunia perfileman antarabangsa.

Menurut bekas pelakon, Roger Moore yang pernah membawa karakter James Bond itu, dia mencadangkan dua nama yang dikatakan sesuai untuk mengantikan tempat Daniel Craig iaitu Hugh Jackman ataupun Damian Lewis. Beliau menyatakan pendapatnya apa ditemubual oleh IB Times UK

Nama-nama yang disebut bekas James Bond itu tidaklah mengejutkan kerana kedua-dua aktor tersebut pernah dikatakan akan membawa karakter James Bond malah, Hugh Jackman sendiri menyatakan hasrat dalam sebuah rancangan televisyen yang beliau secara serius ingin membawa karakter tersebut.

Hugh Jackman juga dikatakan pernah ditawarkan untuk berlakon dalam filem James Bond sebelum pihak produksi memilih Daniel Craig untuk mengantikan tempat Pierce Brosnan kerana dikatakan Hugh Jackman telah memilih untuk bawa karakter Wolverine dalam filem-filem X-Men.

Namun memandangkan Hugh Jackman mengumumkan tidak akan meneruskan karakter Wolverine, kemungkinan besar dia akan mengantikan tempat Daniel Craig.

Sementara itu, bintang siri televisyen Homeland, Damian Lewis juga dikatakan turut bakal membawa karakter kegemaran ramai itu dan namanya berada paling atas sekali dalam senarai-senarai pelakon yang bakal membawa karakter James Bond yang mana senarai-senarai tersebut dicipta oleh peminat-peminat filem James Bond. Selain terkenal dalam siri televisyen Homeland, Damian turut terkenal dalam siri televsiyen Band of Brothers

Agak-agak anda siapakah yang layak untuk mengantikan tempat Daniel Craig? ‘Wolverine’ atau ‘Nicholas Brody’

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here