Penggambaran filem kedua Ant-Man yang berjudul Ant-Man & The Wasp telah selesai sepenuhnya pada 20 November yang lalu. Pengarahnya, Peyton Reed telah memuatnaik status mengenainya dilaman Twitter beliau baru-baru ini.
Peyton yang mengambilalih kerusi pengarahan dari Edgar Wright telah memulakan penggambaran filem kedua Ant Man itu pada 1 Ogos 2017 dan Atlanta serta San Francisco dan Georgia menjadi lokasi penggambaran filem berkenaan.
Kini mereka dalam proses post-produksi dan kita jangkakan trailer pertama Ant-Man and The Wasp akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Selain Paul Rudd Rudd dan Evangeline Lilly, antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Bobby Cannavale, Michael Peña, Tip “T.I.” Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne, Hannah John-Kamen, Randall Park, dan Walton Goggins.
Ant-Man & The Wasp akan menyambung dari event Captain America: Civil War dimana Scott Lang cuba membahagikan masanya dalam menjalanui kehidupannya sebagai seorang bapa kepada anak perempuannya dan juga sebagai superhero. Hope van Dyne dan Hank Pym kemudiannya berjumpa dengan Scott Lang untuk meminta bantuannya menjalankan satu misi baru. Misi tersebut memerlukannya untuk berkerjasama dengan Hope Van Dyne yang kini memakai mantel ibunya, The Wasp