Ant-Man & The Wasp: Kenali Karakter Ghost Sebenarnya

0
1428
views

Trailer pertama filem kedua Ant-Man yang berjudul Ant-Man & The Wasp telah pun dilancarkan, Selain menunjukkan ‘flashback filem Captain America: Civil War serta aksi-aksi dari karakter Ant-Man dan The Wast, penampilan pertama karakter villain, Ghost juga turut ditunjukkan dalam trailer tersebut.

Siapakah Ghost sebenarnya?

Berdasarkan siri komik Marvel, karakter Ghost mula diperkenalkan pada 1987 dalam komik Iron Man isu #219. Ianya dicipta oleh David Michelinie dan Bob Layton dan karakter pertamanya adalah sebagai seorang villain dan musuh ketat kepada Iron Man. Namun setelah beberapa lama, karakternya telah bertukar menjadi seorang anti-hero dan menjadi salah seorang ahli kumpulan Thunderbolts semasa era Dark Reign dan Heroic Age.

“Origin” Ghost sangat terhad, dah alter-egonya tidak pernah didedahkan sehinggakini. Ghost merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai programmer disebuah syarikat IT yang dikenali sebagai Omnisapient. Dikhianati oleh bekas majikannya itu, Ghost mula paranoid dengan sikap kapitalis syarikat-syarikat besar dan mula memusnahkan dan mensabatoj setiap syarikat yang difikirkanya tamak dan rakus. Syarikat pertama yang menjadi mangsa Ghost adalah Omnisapient, bekas majikannya.

Bagaimanapun, dia juga mengambil kontrak dari beberapa syarikat lain untuk mensabotaj musuh-musuh perniagaan mereka dengan tujuan untuk mengumpul wang bagi mencipta sut berteknologi tingginya yang mampu memberikan kelebihan untuk hilang.

Ghost merupakan seorang yang sangat bijak, seorang penembak tepat dan juga pakar dalam menceroboh sistem komputer. Sutnya juga memberikan kelebihan untuk tidak dapat dikesan dan boleh digunakan untuk tujuan penyamaran.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana karakter Ghost dalam filem ini menepati ciri-ciri komik. Jantina karakter filem dan komik sahaja sudah berbeza kerana ia dilakonkan oleh aktress British, Hannah John-Kamen. Tetapi abiliti ‘invisible’ karakter jahat itu dikekalkan kerana terdapat babak trailer yang menujukkan sutnya memaparkan kebolehan tersebut.

Selain Ghost, satu lagi watak villain dalam filem Ant-Man & The Wasp adalah Sonny Burch. Sonny adalah bekas pekerja Cross Technology yang mana dimiliki oleh Darren Cross dalam filem pertama. Jadi kemunkinan Ghost mungkin diupah oleh Sonny dan kedua-dua villain ini bekerjasama membalas dendam terhadap Hank Pym dan Ant-Man yang telah memusnahkan Cross Technology dan cuba merampas teknologi baru yang dimiliki oleh mereka.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here