Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Anne Hathaway Dedahkan Perancangan Princess Diaries 3 Masih Berjalan


Peminat-peminat filem Princess Diaries boleh bergembira apabila pelakon utamanya mendedahkan perancangan filem ketiga Princess Diaries masih diteruskan.

Ketika dalam sesi temubual dalam rancangan  What Happens Live With Andy Cohenpelakon itu memberitahu bahawa skrip filem tersebut telahpun siap sepenuhnya. Beliau turut mendedahkan bahawa dia serta Julie Andrews dan penerbit, Debra Martin Chase bersemangat untuk merealisasikan Princess Diaries 3. 

Filem Princess Diaries mengisahkan tentang Mia Thermopolis, seorang gadis yang kekok dan tidak popular disekolahnya sehinggalah suatu hari, kehidupan normalnya bertukar apabila bertemu dengan neneknya iaitu Clarisse Renaldi (Andrews), ratu dinegara Genovia yang terletak di Eropah.

Filem pertama ditayangkan pada 2001 dan telah meraih $165 juta dolar seluruh dunia, manakala sekuelnya, The Princess Diaries 2: Royal Engagement ditayangkan pada 2004 dan berjaya meraih $134 juta seluruh dunia.

Princess Diaries adalah filem yang telah mengangkat karier dan populariti Anne Hathaway dan menjadi ikon komedi remaja awal tahun 2000.



Related posts

Filem Ketiga “The Princess Diaries” Sedang Dibangunkan Disney

Kakimuvee

27 Pasangan Selebriti Yang Kelihatan Hampir Seiras

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee