Anda Ingin Mencuba Permainan Arcade Rampage?

0
43
views

Bagi merancakkan tayangan filem Rampage, laman web rasmi filem tersebut, www.rampagethemovie.com/home telah meletakkan satu permainan arcade klasik Rampage dilaman web mereka. Bagi yang baru ataupun telah menonton filem Rampage pasti ingin mencuba permainan arcade klasik tersebut yang telah dijadikan sebuah filem

anda ingin mencubanya, tidak perlu untuk mencarinya di mana-mana laman web, anda pergi terus ke laman rasmi filem Rampage atau klik pautan game.rampagethemovie.com/arcade/ untuk mencubanya. Permainan ini hanya boleh dimain di komputer sahaja dan boleh dimainkan dengan tiga orang sekali gus.

Permainan arcade Rampage mula diperkenalkan pada tahun 1986 oleh pengeluar permainan video Bally Midway. Pemain akan mengawal salah satu makhluk gergasi iaitu George the ape, Ralph the werewolf dan Lizzie the lizard. Untuk pergi ke peringkat seterusnya, pemain perlu memusnahkan semua bangunan yang ada serta boleh memakan beberapa barang yang muncul semasa permainan termasuklah manusia.

Terdapat 768 peringkat dalam permainan arcade Rampage dan anda boleh memainkannya dengan percuma di laman web yang dinyatakan diatas. Oh ya! karakter Davis Okoye lakonan Dwayne Johnson turut diperkenalkan dalam permainan arcade Rampage versi web itu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here