Anak Muhyiddin Antara Artis Yang Kecewa Dengan Pemecatan Bekas TPM

1
195
views

Najwa Maihiaddin

Nampaknya isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat respond dari beberapa artis tanah air. Ada yang secara terang-terangan menyokong Bekas Timbalan Perdana Menteri, ada juga sekadar menzahirkan secara tersirat.

Paling terkesan ialah anak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga seorang penyanyi, Najwa Mahiaddin yang memuat naik status “Allah knows best” yang mana mendapat lebih kurang 8000 tweets. Rata-rata peminat menyatakan sokongan dan memberi kata-kata semangat kepada beliau diatas pemecatan ayahnya itu.

Manakala pelakon Hans Isaac pula, beliau memuat naik gambar bekas TPM di Instagram beliau dengan Caption “XPDM, All the best Tan Sri

Bagi beberapa artis lain seperti Angah Raja Lawak, Shila Amzah dan Adibah NoorΒ turut mengeluarkan status tersirat mengenai keadaan politik tanah air.

Bagi bekas peserta Akedemi Fantasia, Zahid AF, turut terkesan dengan situasi politik tanah air apabila ramai peminat menyamakan nama beliau “Zahid” dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru Dato Sri Zahid Hamid.

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga rombakan kabinet menimbulkan kemarahan rakyat kerana mereka menyatakan bukan TPM yang patut dirombak, tetapi Perdana Menteri itu sendiri. Kita tunggu respond dari artis – artis yang lain mengenai isu ini nanti.

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here