Amerul Affendi Ingin Mencuba Bawa Watak Playboy

0
600
views
Amerul Affendi
Sumber gambar: themalaymailonline.com

Walaupun dilabelkan sebagai seorang pelakon yang berbakat besar, Amerul Affendi seringkali diberikan watak-watak antagonis atau watak pembantu dalam setiap filem lakonannya.

Bagaimanapun, pelakon tersebut mengakui beliau tidak terkilan dengan wataknya malah mendedahkan yang beliau juga ingin mencuba membawakan watak seorang playboy sekiranya diberi peluang.

Beliau berkata demikian semasa ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian baru-baru ini.

“Saya belum lagi berpeluang bawa watak anak orang kaya yang suka berfoya-foya dan playboy. Saya rasa nak juga sebut dialog-dialog yang macam itu. Nak juga try (ketawa),” 

Bagaimanapun, pelakon filem Polis Evo ini bagaimanapun menyedari kekurangannya daripada segi rupa paras membantutkan hasratnya itu.

“Mungkin, rupa saya ini tak sesuai dengan watak-watak jiwang. Itu saya kena reda. Tapi, saya juga kena cuba menyakinkan orang dengan muka macam ini. Lagi-lagi, lepas potong rambut ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Bunohan ini juga menolak mengikut trend sesetengah artis yang giat membina badan menjadi ‘sado’ bagi menarik perhatian umum.

Pemilik nama penuh, Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi ini hanya akan membina badan jika diperlukan bagi membawa watak yang diberikan dalam drama atau filem yang dibintanginya.

“Saya secara peribadnya lebih selesa untuk bersedia dalam apa saja watak yang bakal dibawakan. Kalau nak badan saya gemuk atau kurus, barulah saya buat. Semuanua bergantung kepada kehendak watak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amerul bakal muncul dalam drama bersiri, Mandatori adaptasi novel thriller tulisan Ramlee Awang Murshid.

Drama bersiri arahan Razaisyam Rashid ini turut dibintangi Aeril Zafrel, Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Wong, Chew Kin Wah dan Vanidah Imran.

Ia bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) dengan hanya RM19.10 mulai 14 Disember depan.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here