Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

American Assassin Akan Ditayangkan September Ini


Studio Lionsgate telah menetapkan tarikh untuk filem aksi terbaru keluaran mereka, American Assassin yang akan ditayangkan pada 15 September 2017 ini. Filem ini diarahkan oleh pengarah filemĀ Kill The Messenger, siri bersiri Homeland, Michael Cuesta manakala penulis skrip pula oleh Stephen Schiff dan Michael Keaton, Dylan O’Brien, Taylor Kitsch, Sanaa Lathan dan Shiva Negar akan membintangi filem aksi ini.

American Assassin ini diambil dari salah satu novel anti-terrorist yang diterbitkan oleh Atria Book danĀ agak terkenal dikalangan pembaca serta pernah disenaraikan antara Novel terbaik dari New York Times dan terjual sebanyak 20 juta salinan sehingga kini.

American Assassin bakal mengisahkan Mitch Rapp (Dylan O’Brien), seorang anggota black ops CIA yang bekerja dibawa seliaan Stan Hurly (Michael Keaton), yang juga seorang veteren Perang Dingin. Kedua-duanya telah disenaraikan oleh Timbalan Pengarah CIA, Irene Kennedy (Sanna Lathan) untuk menyiasat siri serang bom yang berlaku pada kawasan tentera dan tempat-tempat awam.

Michael Keaton

Mereka kemudian menjumpai petunjuk mengenai siri serangan tersebut dan telah membuatkan mereka bekerjasa dengan ejen Turki (Shiva Negar) untuk menghentikan rancang penjahat (Taylor Kitsch) yang berniat mahu wujudkan satu lagi siri Perang Dunia di kawasan Timur Tengah.

Filem ini telah memulakan pengambarannya pada September tahun lalu dan telahpun selesai serta dalam proses post processing sebelum ditayangkan padaĀ 15 September 2017 (dipawagam US)

 


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee