Amazing Titanman Bakal Memberikan Kelainan Kepada Penonton

0
550
views
Sumber gambar: almondmagazine.com

Pengarah filem Amazing Titanman, Eddie Tiger memberitahu kepada wartawan Harian Metro bahawa filemnya nanti bakal memberikan sebuah jalan cerita yang berbeza dan ‘segar’ kepada penonton.

Menurutnya lagi, filem adiwira yang bertemakan sains fiksyen ini bukan sahaja menampilkan aksi komedi semata-mata, malah mempunyai mesej positif kepada penonton.

“Pembikinan “Amazing Titanman” bermula pada 2015 dan hanya selesai pada tahu lalu kerana mahu memberi hasil kerja yang memuaskan. Sepanjang tempoh itu, kami juga mengembangkan plot cerita dengan mengubah skrip,” – Eddie Tiger

Selain itu juga, antara penyebab lain yang membuatkan pembikinan filem ini memakan tempoh yang lama adalah kerana mereka menggunakan banyak CGI (imej janaan komputer).

Amazing Titanman berkisarkan tentang penyiasat NASA dari Amerika Syarikat menjejaki makhluk asing yang melawat Bumi.

Bercerita lanjut mengenai filem ini, pengarah mendedahkan bahawa penggambaran filem ini dilakukan tanpa bantuan skrip yang mana setiap pelakon diberi kebebasan untuk melontarkan skrip sendiri berdasarkan sinopsis.

Filem yang dibintangi oleh Jaguar Lim, Azman Hassan, Jordan Voon, Rosa Chong, Namewee dan Mehrdad Razavi Mozart ini bakal menemui penonton di seluruh Malaysia bermula 22 Februari ini.

Sementara itu, selain Malaysia filem Amazing Titanman akan turut ditayangkan di luar negara seperti Hong Kong dan Taiwan pada bulan hadapan.

Sumber: Cinema Online, Harian Metro

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here