Alicia Vikander Bawa Watak Lara Croft

0
224
views

alicia-vikander-the-danish-girl

Pelakon kelahiran Sweden, Alicia Vikander bakal memegang watak Lara Croft dalam sekuel terbaharu filem Tomb Raider.

Menurut portal BBC, pelakon berusia 27 tahun itu akan mengikuti jejak langkah Angelina Jolie yang memegang watak berkenaan dalam dua sekuel terdahulu.Q

Pengesahan itu menamatkan teka-teki siapakah yang bakal melakonkan watak Lara Croft selepas aktres Daisy Ridley, Emilia Clarke, Cara Delevigne dan Gemma Arterton dikhabar turut menjadi antara pilihan.

Nama Vikander mula menjadi perhatian apabila dia memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Oscar menerusi filem Danish Girl pada Februari lalu.

Dia juga pernah membintangi filem Ex Machina dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Jason Bourne di samping Matt Damon yang bakal ditayangkan akhir tahun ini.

Demam Lara Croft bermula pada tahun 1996 apabila permainan video Tomb Raider dikeluarkan khusus untuk permainan konsol, PlayStation dan komputer serta terjual sebanyak 45 juta unit di seluruh dunia.

Sekuel terbaharu Tomb Raider­ akan ditayangkan pada penghujung tahun depan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here