Aktres Korea Selatan, Lee Chae-Yeon Bintangi Drama HBO Folklore

0
96
views

HBO Asia mengumumkan, bintang Korea Selatan, Lee Chae-Yeon (Running Man, Please Find Her, Blow Breeze) akan membintangi drama seram terbitan HBO Asia berjudul FOLKLORE. Selain itu juga, mereka mengumumkan produksi drama tersebut telah selesai sepenuhnya.

Drama Folklore merupakan drama seram yang menampilkan beberapa siri seram dari beberapa negara termasuk Malaysia. Antara negara lain yang turut terlibat dalam pembikinan drama ini adalah Indonesia, Jepun, Thailand dan Korea Selatan.

Setiap siri drama diarahkan oleh pengarah-pengarah berbeza berdasarkan lokasi penggambaran itu dijalankan. Antara pengarah-pengarah yang terlibat adalah Joko Anwar (Indonesia), Takumi Saitoh (Japan), Lee Sang-Woo (Korea), Ho Yuhang (Malaysia), Eric Khoo (Singapore) serta Pen-Ek Ratanaruang (Thailand), setiap siri ini akan menggunakan bahasa tempatan, bergantung negara penggambaran bagi setiap episod.

Sebelum ini, aktor Malaysia, Bront Palarae diumumkan turut membintangi drama bersiri Folklore ini. Beliau akan akan menjadi teraju utama dalam siri yang dirakam di Malaysia,

Drama seram Folklore dijangka akan menemui penonton pada tahun ini diplatform HBO Asia’s on-air, online dan on-demand platforms.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here