Aktor Young And Dangerous Bergabung Dalam Filem Terbaru, Golden Job

0
44
views

Buat peminat-peminat francais Young And Dangerous, anda pasti teruja melihat pelakon-pelakon utamanya kembali bergabung dalam sebuah filem aksi Hong Kong berjudul Golden Job.

Filem aksi jenayah ini dibintangi oleh Ekin Cheng, Michael Tse, Chin Ka Lok, Jordan Chan dan Jerry Lamb yang mana kesemuanya adalah pelakon dalam siri filem Young And Dangerous. 

Bagaimanapun, Golden Job bukanlah sambungan kepada Born to Be King yang merupakan siri terakhir Young and Dangerous, tetapi sebaliknya sebuah filem aksi yang berbeza dan tidak bertemakan kongsi gelap. Ianya mengisahkan tentang 5 ‘con-artist’ (penipu) yang bakal bersara telah terperangkap dalam satu rompakan oleh organisasi raja dadah antarabangsa ketika mereka sedang menganjurkan parti.

Golden Job diarahkan oleh koreografer terkenal Hong Kong, Chin Ka Lok, manakala Eric Tsan bertindak selaku penerbit filem bersama-sama studio The Entertainer Production Company dan The Artists Company. Beliau juga turut membintangi filem aksi ini sebagai mentor kepada kumpulan ‘con-artist’ itu.

Jadi kepada peminat-peminat ingin melihat bekas pelakon siri filem Young and Dangerous, jangan lupa saksikan filem ini yang bakal ditayangkan dipawagam tempatan pada 27 September 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here