Aktor Deadpool, Ed Skrein Berminat Bawakan Watak X-Men, Fantomex

0
94
views

Bintang filem Deadpool (2016), Ed Skrein telah menyatakan hasratnya untuk membawakan watak X-Men/X-Force, Fantomex dalam mana-mana filem X-Men akan datang.

Pelakon yang bawakan watak villain, Ajak dalam filem Deadpool menyatakan hasrat itu semasa ditemubual oleh laman web Comicbook.com mengenai filem terbarunya, In Darkness baru-baru ini.

“It was the same with Deadpool. I would have been in the cinema as a fan and just wanting it to be done right, whether it’s the villain or the lead role and whatnot. So yeah, it’s just got to be done right, man. I’m so emotionally invested in these characters.”

Fantomex atau juga dikenali sebagai Weapon XIII adalah karakter yang dicipta dalam program Weapon Plus. Fantomex ‘dibangunkan’ di “The World’ iaitu dunia ciptaan manusia yang dibuat khusus untuk membangunkan askar luarbiasa dengan menggunakan teknologi Sentinel.

Fantomex memiliki abiliti yang cukup luarbiasa dimana dia mampu memanipulasi realiti untuk mencipta illusi. Malah karakter ini cukup berkuasa dimana ia mampu untuk menipu Jean Grey dan boleh bekerja seiring dengan Profesor X. Karakter ini juga memiliki abiliti tempur yang sangat hebat sehingga boleh menjadikannya pembunuh yang sangat efektif.

Jadi kepada peminat-peminat Marvel khususnya karakter X-Men, adakah Ed Skrein sesuai untuk membawakan watak Fantomex jika ia diperkenalkan dalam filem X-Men/X-Force akan datang?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here